Suami percayakan bomoh, minta isteri diabetes henti cucuk insulin, dakwa bekas suntikan akan jadi sarang jin. Rawatan alternatif akan menjadi pilihan masyarakat, biasanya selepas usaha merawat dengan perubatan moden tidak membuahkan hasil.
Bagaimanapun, apabila kaedah ini digunakan, ada individu yang terlampau taksub dengan setiap kata-kata perawat malah sanggup menuduh individu lain menjadi punca masalah yang dialami.
Berdepan situasi sama, seorang lelaki meminta bantuan dan nasihat daripada peguam selepas mendapati ibu mentuanya sering menjadi mangsa fitnah bapa mentua.
Berkongsi cerita, ujar lelaki ini, ibu dan bapa mentuanya baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira dua bulan lalu.
Mahligai yang dibina tidak seindah yang diharapkan walaupun perkahwinan dibina atas dasar suka sama suka.
“Ibu mentua saya baru sahaja berkahwin belum genap dua bulan, atas dasar suka sama suka.
“Ayah mentua tiri saya adalah seorang yang memegang teguh kepada rawatan tradisional bomoh dan baru-baru ini dia sakit serta mudah rasa penat.
“Beliau adalah pesakit jantung dan tidak gemar mengambil ubat-ubatan,” katanya melalui hantaran di Facebook.
Menurut pengembara ini, beliau bersetuju apabila bapa mentuanya menolak perubatan moden dan memilih rawatan tradisional.
Namun, katanya, beliau tidak boleh menerima apabila bapa mentua terus mempercayai tuduhan perawat yang mendakwa ibu mentuanya sebagai punca penyakit kerana ‘tersalah menuntut ilmu’.
“Bomoh tersebut menuduh ibu mentua sebagai punca penyakit kerana tersalah menuntut ilmu. Padahal, ibu mentua adalah seorang yang warak, baik, dan sopan sepanjang saya menjaganya beberapa tahun selepas kematian ayah mentua.”
“Ibu mentua juga menyimpan nota lama yang dicatat semasa mengikuti pengajian di masjid, dan bomoh tersebut mengatakan buku nota tersebut diiringi oleh jin serta perlu ‘diikat’.
“Ibu mentua juga dipaksa untuk beristighfar 10,000 kali sehari agar sakit yang dialami oleh bapa mentua hilang,” tambahnya.
Menurut lelaki ini lagi, ibu mentuanya juga diminta untuk berhenti menggunakan rawatan insulin dengan alasan ia adalah ‘sarang’ kepada makhluk halus dan jin.
Kerana terpengaruh dengan kata-kata perawat tersebut, bapa mentuanya mengekspresikan kebimbangan dan sering menyalahkan ibu mentuanya sehingga rumah tangga mereka menjadi huru-hara.
Luahannya menarik perhatian pengguna media sosial dengan kebanyakan menggesa agar pasangan itu bercerai dan meneruskan kehidupan masing-masing.
Ramai juga yang menyifatkan perawat tersebut sebagai penipu dan cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.
“Saya pernah mencuba rawatan tradisional tetapi banyak perawat atau bomoh yang saya temui… semua pesan yang hanya perawat tertentu yang boleh mengeluarkan nama individu yang dituduh.
“Cuma cerai sahaja, beritahu kepada ibu mentua… selain kurang kacau, boleh berjalan-jalan sana-sini sambil memberi tumpuan kepada amalan ibadah dan penjagaan kesihatan.
“Saya cepat letih, tidak makan ubat jantung. Suruh dia buat echo untuk memeriksa keadaan jantung, risau ambil ubat yang terlalu kuat,” kata beberapa pengguna media sosial.