“Suami paksa aku tinggal sekali dengan mak mentua sebab takut tak dapat harta, hari pertama pindah ini yang aku dapat..”

Photo of author

By Joe

“Suami paksa aku tinggal sekali dengan mak mentua sebab takut tak dapat harta, hari pertama pindah ini yang aku dapat..”. Assalamualaikum mohon hide profil saya, saya tak tahu nak mula dari mana. Terlampau sedih sangat sekarang ni sebab saya rasa dah buat kesilapan kedua kalinya. Saya dah berumahtangga hampir setahun lebih.

Ya, kalau nak diikutkan memang baru lagi usia perkahwinan kami dan belum dikurniakan zuriat hanya hidup berdua sahaja. Saya takde kawan untuk bercerita selalunya saya banyak pendam je. Terlalu memendam rasa lah sampai saya sakit – sakit sampai kena rujuk psikiatri saya disahkan ada anxiety dan depression lepas berkahwin disebabkan perangai mertua macam ifrit dan suami jenis ikut telunjuk mak.

Ceritanya begini, saya dan suami berkawan hampir 2 tahun lebih dan memutuskan untuk bertunang selama 6 bulan. Waktu couple dulu saya tak pernah kenal pun family dia sebab dia tak pernah bawak saya jumpa dengan family dia cuma tahu apa yang dia cerita je ayah dia dah takde, tinggal dia mak dan abg dia je.

"Suami paksa aku tinggal sekali dengan mak mentua sebab takut tak dapat harta, hari pertama pindah ini yang aku dapat.."

Cuma saya je yang bawak dia kenal – kenal family saya lepas saya cerita dekat mak ayah yang saya ada kenal seorang lelaki ni. Kami pun dah kawan lama, nak diikutkan mak ayah saya macam kurang setuju tapi disebabkan saya nak sangat, diorang pun ikutkan sajaIah.

Suami ada tunjuk gambar saya kat mak dia sebelum kitorang tunang tu, nak tahu tak apa mak dia baIas dekat whatsapp? “eh aku tengok muka perempuan ni pun dah tahu keras kepala!” Sebab suami ss hantar dekat saya sebab saya p4ksa suami tunjuk reaksi mak dia.

Memang membara hati apahal orang tua ni, jumpa kenal aku pun tak suka – suka hati nak kata dekat orang macam tu. Suami asyik nak bekap mak dia je, dah terang – terang mak dia yang salah cari pasal dulu. Memang bergaduh la saya dan suami waktu tu, banyak hari tak contact, lama – lama saya lupakan.

Kat sini pun silap saya, dah terang – terang mulut mertua puaka macam tu tetap boleh terima. Jadi nak dipendekan cerita kitorang pun bertunang, masa bertunang tulah baru saya jumpa mak dan keluarga dia bawak rombongan.

Waktu bertunang tu mak saya dan mak dia adalah menyembang saya dengan kakak saya pun. Adalah dengar mak mertua saya ni banyak kali dok sebut macam ni, “lepas ja akad nikah nanti nak bawak saya terus ya.” Ha camtu la ayat dia tapi yang peliknya tu banyak kali dia sebut.

Saya taktahu apa niat dia sebenarnya, saya dengan kakak abaikan sajaIah. Sepanjang pertunangan, kami tak diuji dengan apa – apa, semua ok saja. Waktu bertunang saya adalah berbincang nak duduk asing, dah banyak kali saya sebut dekat dia saya memang tak boleh duduk dengan mak dia tapi suami asyik cakap dia tak boleh tinggalkan mak dia nanti takde orang jaga dan dah janji kan nak susah senang sama – sama, jadi kena ikut jela rentak dia.

Itu jelah ayat dia bila saya cakap nak duduk asing. Untuk pengetahuan, mak dia masih kuat sihat walafiat, orang berniaga ada kedai menjahit boleh drive kereta sendiri kalah saya. Saya boleh bawak kereta auto je, dia lagi cekap dari saya, 4×4 semua dia bantai bawak.

Suami saya bisnes sendiri, ada kedai dan saya tak bekerja lepas je bertunang saya berhenti kerja. 2 bulan sebelum nak nikah family saya ada pergi ziarah family dia nak tengok macam mana keadaan rumah diorang. Yelah nanti lepas kahwin saya yang nak duduk sana, jadi mak ayah saya nak pergi tengok – tengoklah sebab tak pernah pergi, saya tak ikut.

Lepas mak ayah saya balik diorang cerita la dekat saya keadaan rumah yang dorang duduk tu uzur sangat. Rumah kampung lama, belakang macam hutan dan ada pokok getah rumah jauh dari jiran. Mak saya banyak kali tanya betul ke sanggup nak duduk situ, saya mampu pejamkan mata dan iyakan saja sebab dah janji dengan suami nak susah senang sama – sama.

Saya bukan nak demand sebab family saya pun biasa – biasa sahaja. Suami, mak mentua dan abang dia jarang balik rumah kampung tu. Dorang hanya duduk dekat rumah kedai dekat pekan, jarang sangat balik. Suami ada cakap sebelum kahwin mak dia nak repair la sikit bumbung dan nak tambah bilik untuk kitorang duduk nanti.

Sebab rumah kampung lama, dua tingkat kayu, 1 bilik mak dia dan 1 bilik stor letak motor abang dia. BeIah atas memang tak pernah naik, kayu dah reput. Tibalah hari kami nikah dah selesai majlis apa semua, kami tinggal 3 hari saya nak tolong la kemas – kemas rumah sikit lepas kenduri.

Malam tu saya ada bukak wasap suami saya ada terbaca wasap abang dia macam ni, “tak payah nak dok lama sangat la dekat sana nak tolong diorang tu nanti belah kita macam la diorang nak tolong kita.” Dalam hati saya panas ja tapi saya diam jelah.

Jadi esoknya saya pun gerak la ikut suami duduk dekat sana, berat sangat hati tinggal mak abah. Sampai je sana dah lewat malam. sampai je rumah dia, saya terkejut tengok dengan keadaan rumah yang gelap. Nampak seram tapi nak buat macam mana kan, hang yang pilih hang hadap jelah.

Mak dia ada dalam rumah suruh masuk. Terus suami angkat beg masuk dalam bilik, saya ikut jelah rupanya dia letak saya dalam bilik stor tu. Ingatkan ada bilik lain rupanya takde tambah apa pun. Keadaan bilik teruk sangat, saya bukan nak burukkan tapi teruk betul ye, dengan tikus ada, dengan kayu dinding dah reput anai – anai, tidur malam bunyi tikus dok gigit kayu.

Dah saya dok sangkut – sangkut baju terus saya lipat semula letak dalam beg takut kena gigit dengan tikus. Ok sambung yang sampai rumah tadi pasal bilik tu saya pejamkan mata. Saya pun bersihkan la diri nak mandi solat bila masuk bilik air pun mengucap panjang dengan berlumut tak pernah orang masuk saya pun berus – berus la sental dengan air dalam kolah kotor sangat nak mandi.

Keadaan dalam rumah kotor sangat – sangat nak pijak lantai pun tak sanggup tikar getah dah koyak – koyak macam dalam rumah tu dah lama tinggal. Pinggan mangkuk tak tersusun baju penuh tak terlipat. Dalam hati saya mak dia ni sibuk betul ke sampai tak kemas langsung rumah, dahlah nak sambut menantu.

Tapi dia nak heran apa dia tak pernah anggap saya menantu pun. Jadi lepas tu memang saya la yang dok kemas rumah tu, masak basuh baju mak abang dia. Memang mak dia buat saya kuIi. Sampai je terus mak dia suruh saya lipat baju dia dan abang dia.

Dia cakap sebelum ni upah orang dok lipat baju. Ya Allah saya tak tahu kenapa saya berlembut sangat dengan orang yang nak ambil kesempatan dekat saya. Saya pun buat je, tak pernah langsung membantah. Setiap hari kena masak untuk mak dia hantar dekat kedai.

Mak dia akan balik lepas maghrib, saya jadi takut bila mak dia balik sebab mak dia dah tunjuk belang suka tengking saya kalau silap buat apa – apa. Haritu saya ubah bekas gula dekat sikit dengan tempat masak senang saya nak guna.

Dia tengking – tengking saya, nanti anak dia yang abang tu nak bancuh air cari tak jumpa macam mana. Ya Allah, benda kecik je pun. Tersentak saya tahan air mata sebab mak ayah saya tak pernah marah saya macam tu. Dia suka mengata kat saya macam – macam, kutuk saya muka macam taik la dok cerita dekat suami saya.

PukuI 3 pagi saya ambil handphone suami senyap – senyap, baca chat dengan mak dia. Nangis la saya sorang – sorang. Mak dia suka canang perangai menantu dekat orang lain sebab ada mak sedara suami cakap dekat saya. Dia baik dengan saya.

Saya tahan dan sabar je dengan sikap mak dia tu. Hidup saya lepas kahwin berubah saya hidup dalam keadaan takut, dada saya kerap berdebar tambah kalau mak dia balik rumah. Hari – hari saya cuma duduk terkurung dalam bilik stor tu je.

TV takde, line internet pun kadang – kadang ada kadang – kadang tak. Nak keluar takut sebab dalam rumah selalu masuk kera sampai dapur, pastu sepah – sepahkan, saya yang bersihkan. Ular pun selalu masuk. Kalau nak sidai baju pun dekat dalam rumah sebab dekat luar ada babi selalu datang dan nanti takut kera tu curi baju.

Sekahwin suami tak pernah bawak saya keluar jalan – jalan makan angin. Hidup saya cuma kena kerja untuk mak dia. Nafkah untuk saya apatah lagi satu sen tak pernah hulur. Dorang cuma tahu order je buat itu buat ini. Suami diam je bila orang buat macam – macam dekat isteri dia, hina isteri dia.

Abang dia suka suruh ambil baju dia, basuh pastu nanti lipat hantar dekat kedai sebab abang dia duduk kedai. Suami ada depan mata dia je. Abang dia tak kerja cuma tahu mintak duit dekat suami je. Berjoli main snuker, topap semua mintak dekat suami tapi duit dekat isteri tak pernah hulur. Apatah lagi duit topap untuk saya tak pernah bagi.

Nasib la duit nikah saya ada lagi cuma guna yang tu jela sebab duit kenduri mak ayah saya tanggung. Tak pernah tanya nak beli baju raya hari lahir saya pun dia buat tak tahu. Dia tak hargai langsung saya yang sanggup terima dia.

Sampaikan haritu dia nak gadai gelang mas kahwin saya nak buat modal bisnes, buat bayar kereta dan bil fon dia dan abang dia. Sebab pkp dia cakap takde duit nak bayar kereta. Kereta baru ambik bulan – bulan bayar seribu.

Dia selalu belagak macam orang senang walhal orang nampak luar je sebaliknya isteri dok merana. Kami bergaduh teruk sampai saya nangis – nangis dia cakap saya tak tahu bersyukur lepas tu dia keluar bilik pergi mengadu dekat mak dia dekat ruang tamu.

Tinggal la saya menangis sorang – sorang dekat dalam bilik stor tu. Akhirnya saya bagi jugak sebab dia kata saya macam – macam, dia kata nak tebus balik la apa la. Saya tak tahu la mak dia suka cucuk jarum. Bergaduh sebab saya nak duduk rumah asing ni dah banyak kali. Dia tak pernah nak tenangkan saya.

Saya bukan mintak sekarang, sekurangnya cakap la nanti kita cari rumah sewa duduk asing tapi tak pernah pun. Dia cakap mak dia ugvt kalau keluar dari rumah ni tanah harta apa tak bagi dekat suami. Sebab tu suami berkeras tak nak keluar, dia lagi sanggup tengok saya merana tertekan hari – hari.

Sampaila satu hari saya bergaduh dengan suami, dia buat tak tahu saya merayu siap sujud dekat kaki dia saya nak mintak balik tengok mak ayah saya dapat tenangkan diri sikit. Dia tak bagi siap tolak kaki kena kepala. Saya nangis, tiba – tiba dada saya jadi laju pastu sesak pastu terus saya kerasukan teruk sampai ke subuh.

Berlaku la episod di mana mentua dok main bomoh. Kejamnya orang tua tu. Saya taktahu apa salah saya dekat dia. setahu saya, saya cuma mintak dekat anak dia nak duduk rumah asing ja. Saya tak pernah mintak apa – apa dekat anak dia, emas permata suruh belikan baju. Tak pernah mintak pun semua tu.

Seminggu badan saya makin kurus tak terurus mata lebam hitam makan tak lalu. Muka dah nampak beza sebab saya putih ketara sangat kulit tu nampak hitam – hitam bawah mata macam muka nenek tua. Bila dok sorang rasa orang dok perhati banyak lagi yang jadi.

Saya makin hari makin teruk kena dera mental, saya mengadu dekat kakak sebab saya rasa nak gantung diri ja. Ada suami pun tak ambil kisah sakit bini. Sampaikan tidur malam, kena tido kat kedai sekali dengan sepupu perempuan, berselerak macam tu sekali dengan mak dia.

Suami saya tidur sebeIah sepupu perempuan yang umur darjah 5 tu. Mak dia tak tegur apa pun. Saya demam dia tak tanya apa pun. Mak dia tu sebenarnya nak anak dia duduk celah ketiak dia lagi. Lepastu ayah saya datang ambil, terpaksa jugak suami cakap dia izinkan, tapi balik seminggu ja.

Saya nekad masa tu nak cerai saya ambil lawyer failkan kes. Banyak yang terjadi ulang alik pergi psikiatri metro, pergi berubat darul syifa, berubat dengan ustaz, muntah darah sampai jadi nazak angkara mentua hantar bukan – bukan. Semua tenpat yang pergi berubat cakap benda sama.

Suami pujuk macam – macam janji manis, nak bela saya nak jaga saya baik – baik, akhirnya saya balik sana tapi dia tak nak jemput saya. Ayah dan abang – abang saya yang pergi hantar saya waktu tu saya masih ambil ubat belum sembuh sepenuhnya tapi lain yang jadi.

Mak dan adik beradik mentua suka masuk campur, maki hina saya macam – macam kata tak hormat suami dia kata saya aniaya anak dia berlaku pergaduhan jugak dengan abang – abang saya. Dorang tak tahan tengok saya sengsara menangis kena hina dah kena bomoh dengan mertua.

Lepas tu, entah macam mana, saya balik camtu je. Keluarga saya, adik beradik banyak bagi kata semangat jangan sedih, down. Alhamdulillah saya dah sihat sepenuhnya. Kami tak duduk sekali hampir 10 bulan, hampir nak bercerai dan suami pergi bertunang dengan orang lain.

Remuk hati walaupun macam – macam dorang buat dekat saya, saya cuba lupakan tetap tak boleh. Saya masih sayangkan suami. Hampir dengan tarikh mahkamah, suami pujuk merayu menangis pujuk balik semula dekat dia.

Dia kata dia tunang sebab nak sakitkan hati saya je. Dia tak suka pun perempuan tu sebab mak dia suruh tunang. Dia tak boleh lupakan saya. dia cakap nanti balik sini terus duduk rumah sewa. Banyak syarat yang saya letak dekat dia dan antaranya saya tak nak ada kena mengena langsung dengan family dia dan jangan bawa tunjuk muka depan saya.

Jangan bagitahu tinggal dekat mana. Saya setuju nak tarik balik kes. Separuh payment ambil lawyer burn macam tu je. Suami jemput saya. Macam – macam kena ceramah dengan mak ayah saya. Mak ayah saya sedih tapi dah itu pilihan saya, mereka mampu doa yang terbaik dan berharap suami benar-benar berubah.

Tapi lepas duduk dengan suami, macam – macam bergaduh serba tak kena. Suami cakap saya takde adab, saya sangat terasa sampai harini sebab cakap dekat abang dia. Saya cakap macam ni je, “dah besar, dah boleh pikir sendiri. Bukan budak – budak takde otak. Jadilah manusia yang bermanfaat.”

Tak pasal suami kena bayar saman sebab abang dia tak pakai helmet motor kena bawak balai. Saya tunggu la sampai 12 malam sorang – sorang dekat rumah ni. Saya geram sebab abang dia tu sama jahat dengan mak dia. Dok scam orang, pinjam duit merata, duk ambil barang, banyak dah orang dok bercerita pasal abang dia.

Sekarang abang dia guna kereta suami tapi kerja pun tak. Saya pun tak tahu bayar cmna. Dia pernah mesej suami paksa suruh ceraikan saya taIak 3. Suami marah abang dia. Saya masih nampak lagi suami masih dok bela family dia yang terang – terang salah.

Hari – hari mintak duit dekat suami. Padahal kitorang hidup berdua pun sesak nak bayar duit sewa. Saya nak kerja tapi suami tak bagi, saya tak paham. Dia jeles kalau saya kerja dekat luar. Sekarang ni saya masak pun dia tak nak makan.

Saya sakit pon dia biarkan sebab baru – baru ni darah saya naik sebab selalu sangat stress. Cakap pun ikut dan kadang – kadang baik kadang – kadang tak. Tambah lagi saya berbunyi pasal abang dia, sampai bila nak mintak duit umur dah 30. Tak malu ke nak orang tanggung lagi. Sekarang saya rasa menyesal pun ada balik dekat dia semula.

Baca Lagi:
Terlalu sayang isteri, lelaki kena tahan sebab telefon isteri lebih 100 kali sehari
“Katil bergegar”- Wanita kongsi pengalaman sewa homestay di Pantai Timur diganggu makhluk halus, pesanan arwah datuk jadi penyelamat..
Ramai tak tahu, Tun V.T. Sambanthan pernah jadi Perdana Menteri Malaysia untuk satu hari