Suami merajuk potong alat sulit sendiri selepas isteri enggan pulang ke rumah

Suami merajuk potong alat sulit sendiri selepas isteri enggan pulang ke rumah

Suami merajuk potong alat sulit sendiri selepas isteri enggan pulang ke rumah. Seorang lelaki dari negeri Bihar, India dilaporkan memotong alat sulit sendiri selepas isterinya enggan pulang ke rumah dan tinggal bersama ibu bapanya, lapor laman berita India Today semalam.

Kejadian itu berlaku di kawasan Rajni Nayanagar Jumaat lalu manakala lelaki tersebut dikenali sebagai Krishna Basuki, 25.

Suami merajuk potong alat sulit sendiri selepas isteri enggan pulang ke rumah

Menurut sumber, Krishna tinggal dan bekerja di Mandi Punjab dan dia pulang untuk melawat keluarganya di Rajni Nayanagar dua bulan lalu namun isterinya, Anita, telah pergi ke rumah ibu bapanya dan menangguhkan kepulangannya.

Ia menyebabkan lelaki yang mempunyai empat cahaya mata itu marah lalu dia memotong alat sulitnya dengan senjata tajam.

Saudaranya kemudian menemuinya dalam keadaan berlumuran darah dan membawanya ke Hospital Kolej Perubatan. Beberapa sumber mendakwa bahawa dia mengalami gangguan mental.

Bagaimanapun, Dr. Sukesh Kumar dari hospital tersebut berkata, Krishna sedang dirawat dan tidak berada dalam keadaan yang mengancam nyawanya.

Baca Lagi:
Pertubuhan haram: Pegawai dan anggota polis ditahan
Permohonan Bantuan Barangan Dapur RM300 setiap bulan untuk B40, ini cara mohon
Satu kampung bakal bergelar jutawan, harga tanah cecah RM2.7 juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *