Suami marah isteri bagi duit kepada ibu bapa terlalu banyak

Suami marah isteri bagi duit kepada ibu bapa terlalu banyak

Suami marah isteri bagi duit kepada ibu bapa terlalu banyak. Niat seorang isteri mahu memberikan wang hasilnya bekerja kepada ibu bapanya dipersoal oleh suami yang turut ‘menghalang’ wanita itu daripada memberi terlalu banyak.

Bukan itu sahaja, si suami turut mempersoalkan isterinya berikutan tidak memberikan wang kepada mentuanya iaitu ibu kepada si suami.

Itu yang dihadapi seorang wanita apabila berdepan ujian rumah tangga dengan suaminya menerusi luahannya dikongsikan pada Facebook Luahan Hati Seorang Isteri.

“Aku baru kerja satu bulan dan dah dapat gaji pertama. Aku cakap pada laki aku yang aku nak beri sikit duit kepada ibu ayah, maklumlah ayah aku dah tua dan tiada kerja disebabkan bulan Disember musim tengkujuh.

Suami marah isteri bagi duit kepada ibu bapa terlalu banyak

“Suami cakap, ‘tak payah beri banyak-banyak’ dan selepas itu, dia persoalkan untuk emak dia (mentua) tiadakah? Gaji permulaan aku tidaklah banyak sangat, kira-kira RM1,000 saja.

“Kami ada seorang anak, aku kerja petang dan suami kerja pagi. Suami balik kerja urus anak pula sebab aku nak pergi kerja, tapi suami aku suka mengharapkan ibu dia untuk menjaga anak kerana kami tinggal bersama mereka,” katanya pada hantaran itu.

Wanita itu memaklumkan, dia juga tidak ‘sampai hati’ dengan ibu mentuanya kerana sering menjaga anak mereka dan bukan suaminya sendiri.

“Aku cakap pada ibu mentua yang aku nak belikan pakaian sebabnya dia tidak mahu ambil duit. Ibu mentua ada minta pelbagai (barangan) untuk dibelikan.

“Aku beli pakaian untuk dia sebab sewaktu aku pakai, dia puji cantik. Bila aku beli dengan niat nak gembirakannya, sebaliknya pula apabila pemberian itu tidak dihargai,” luahnya.

Wanita itu menceritakan, ibu mentuanya mengatakan dia boros berbelanja sedangkan telah membuat simpanan awal, bahkan harga pakaian itu juga tidak mahal.

“Suami hanya tersengih dan tidak menyebelahi. Aku tak tahu nak buat apa. Nak buat baik salah, tak buat baik pun salah,” ujarnya.

Baca Lagi:
Akhirnya Syamsul Yusof buat pengakuan dah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand
Suara pakcik ini sama sebijik dengan suara kambing, ‘kalau pejam mata mesti ingat kambing betul’
Masih belum selesai, kawan Puteri Sarah pula dedah sikap Syamsul Yusof yang sebenar yang ramai orang tak tahu
CATEGORIES