Suami kirim wang setiap bulan, anak bongkar ibunya menang loteri RM1.5 juta, sekali ini yang jadi..

Suami kirim wang setiap bulan, anak bongkar ibunya menang loteri RM1.5 juta, sekali ini yang jadi..

Suami kirim wang setiap bulan, anak bongkar ibunya menang loteri RM1.5 juta, sekali ini yang jadi… Seorang lelaki Thai meminta tolong daripada seorang peguam popular untuk memfailkan saman terhadap isterinya yang dia dakwa menyembunyikan wang kemenangan loteri 12 juta baht (RM1,556,653) daripada pengetahuannya, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Wanita itu bertegas bahawa dia telah berpisah dengan suaminya beberapa tahun sebelum memenangi wang loteri tersebut dan berkahwin semula. Pengadu bagaimanapun mendakwa bahawa dia tidak tahu menahu tentang perpisahan yang dimaksudkan.

Lelaki berumur 47 tahun dinamakan Narin itu berjumpa peguam Narong Kaewphet pada Sabtu lalu untuk memfailkan saman terhadap isterinya.

Suami kirim wang setiap bulan, anak bongkar ibunya menang loteri RM1.5 juta, sekali ini yang jadi..

Menurut Narin, dia mengahwini isterinya, Chaweewan, 43, 20 tahun lalu di wilayah Chaiyaphum, rantau Isaan dan mereka mempunyai tiga anak perempuan.

Katanya, keluarga berkenaan mempunyai hutang lebih 2 juta baht (RM259,442) justeru, mereka memilih berpindah ke Korea Selatan dalam tahun 2014 untuk bekerja mendapatkan wang bagi membayar balik hutang tersebut.

Narin terus bekerja di korea Selatan dan menghantar antara 27,000 (RM3,502) hingga 30,000 baht (RM4,151) setiap bulan kepada keluarganya selepas Chaweewan pulang ke Thailand untuk menjaga anak-anak perempuan mereka.

Lelaki itu kemudian mengetahui daripada anak perempuannya bahawa Chaweewan memperoleh wang loteri 12 juta baht tetapi menyembunyikan kemenangan itu daripadanya. Narin cuba menghubungi isterinya tetapi tidak diendahkan.

Narin kemudian pulang ke Thailand pada 3 Mac lalu untuk berdepan dengan Chaweewan tetapi mendapati dia telah berkahwin dengan kekasih baharu, kata seorang pegawai polis.

“Saya terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya kecewa. Saya tidak menyangka isteri saya selama 20 tahun akan melakukan ini kepada saya. Saya hanya mempunyai 60,000 baht (RM7,783) dalam akaun bank saya kerana saya memberi wang kepadanya setiap bulan. Saya mahu menuntut keadilan dan wang yang saya layak,” kata Narin.

Lelaki itu mengaku tidak menandatangani sijil perkahwinan rasmi dengan isterinya. Peguamnya bagaimanapun menegaskan bahawa Narin mempunyai hak terhadap wang itu walaupun mereka tidak mempunyai sijil perkahwinan rasmi.

Saudara-mara dan orang lain tahu tentang hubungan mereka dan itu sudah cukup untuk menjadikannya rasmi, katanya.

Baca Lagi:
Guru Bahasa Melayu didakwa cabul anak murid perempuan 7 tahun
Pendedahan Aaron Aziz tak berlakon dalam filem Syamsul Yusof buat ramai terkejut!
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin
CATEGORIES