Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion.

epasang suami isteri di Amerika Syarikat bergelar ‘bilionair’ seketika selepas wang berjumIah AS$50 bilion (RM208 bilion) secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun bank milik mereka, lapor laman berita United Press International semalam.

Darren James yang diberitahu isterinya mengenai perkara itu, terkejut melihat jumIah wang yang tertera dalam akaun bank milik mereka.

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

“Ia amat mengejutkan kerana saya tidak pernah melihat jumlah wang sebanyak itu sepanjang hidup saya.

Lelaki itu seterusnya menghubungi pihak bank dan melaporkan mengenai kesilapan tersebut.

Bank berkenaan kemudiannya memproses kesilapan teknikal itu, namun tidak mendedahkan punca dan sebab wang tersebut didepositkan ke daIam akaun James.

Sebagai tanda kenang-kenangan, James dan isterinya merakam gambar paparan skrin akaun banknya sebelum kesilapan itu diperbetulkan oIeh pihak bank yang mengambil masa selama empat hari.

Menurut majalah Newsweek, pemegang akaun bank yang menerima wang yang tersilap didepositkan ke dalam akaun mereka adalah diIarang membelanjakan wang tersebut.

Dalam kes seperti itu, kebiasaannya pihak bank dapat mengenal pasti kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan transaksi.

Individu yang didapati membelanjakan wang tersebut berdepan dengan pertuduhan jenayah kerana mencuri harta benda yang hiIang secara tidak sengaja.

Baca Lagi:

Gempar !!! Tujuh banduan tahanan reman mahkamah Penjara Jelebu loloskan diri

Rakam video Siti Nurhaliza keluarkan duit dari ATM, wanita ini dikecam netizen

Akhirnya terdedah wajah suami Wardina Safiyya selepas 20 tahun kahwin

 

CATEGORIES
TAGS