Suami isteri serah diri pada polis selepas tular video anak 10 tahun pandu kereta

IMG 20220512 193651 768x466 1 e1652373615944

Suami isteri serah diri pada polis selepas tular video anak 10 tahun pandu kereta.

Berikut video viral anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta, sepasang suami isteri menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian mengesan video tular bertarikh 10 Mei lalu Facebook (FB) yang dikongsi oleh sebuah akaun.

Katanya, video itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memandu kereta Perodua Kancil berwarna merah yang turut terdapat dua kanak-kanak lain duduk di bahagian hadapan.

Suami isteri serah diri pada polis selepas tular video anak 10 tahun pandu kereta

“Berikutan kejadian itu, BSPT menjalankan risikan terperinci dan dapati kejadian itu berlaku jam 7 pagi Selasa lalu (10 Mei) di Pekan Nanas ketika sedang bersiap untuk ke sekolah.

“Video berkenaan dipercayai dirakam oleh anak perempuan wanita terbabit yang berusia 11 tahun menggunakan telefon miliknya, ” katanya.

Hasil siasatan, kereta dipandu oleh anak lelakinya berusia 10 tahun bersama dua adiknya, seorang perempuan berusia 6 dan lelaki berusia 3 tahun.

Mohammad Shofee, berkata berikutan kejadian itu, ibu bapa dan tiga anak lain tampil serah diri ke IPD, jam 10 pagi, hari ini.

Katanya, ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui akaun TikTok yang memaparkan video berkenaan juga adalah miliknya.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.

“Selain itu, pemilik kenderaan yang juga ibu atau bapa kanak-kanak berkenaan boleh disaman di bawah Seksyen 39 (5) APJ 1987, ” katanya.

Baca Lagi:

Tanah bernilai RM2.75 juta dijual dalam senyap! Ini yang terjadi kepada harta peninggalan Tan Sri Jins Samsudin..

Kecoh! Lelaki ini ‘kantoi’ curi kondom pada hari raya pertama

Kalau duit hilang dalam akaun, jangan kalut dulu! Cuba try cara ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.