Suami isteri jual anak baru lahir 10 hari RM5,663 kerana terdesak

Photo of author

By Joe

Suami isteri jual anak baru lahir 10 hari RM5,663 kerana terdesak. Sepasang suami isteri di barat laut India sanggup menjual bayi mereka yang berusia lima hari dengan harga 1.10 lakh (RM5,663.96) kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.

Mereka adalah antara enam individu yang ditahan oleh polis Nagpur dalam satu operasi yang dikendalikan oleh Skuad Anti-Pemerdagangan Manusia (AHTS).

Polis mendedahkan bahawa kes pemerdagangan kanak-kanak ini melibatkan bukan sahaja penjual dan pembeli, tetapi juga dua individu lain sebagai orang tengah.

Suami isteri jual anak baru lahir 10 hari RM5,663 kerana terdesak

Menurut pihak berkuasa, suspek dikenali sebagai Sunil@Bhondu Dayaram Gendre dan isterinya, Shweta, masing-masing berusia 31 dan 27 tahun, serta pasangan tiada anak, Pournima Shelke, 32, dan suaminya Snehdeep Dharamdas Shelke, 45, yang menetap di Badlapur, Thane.

Kedua-dua orang tengah yang dikenal pasti adalah Kiran Ingle dan suaminya, Pramod Ingle, masing-masing berusia 41 dan 45 tahun, yang menetap di bandar Nagpur di Maharashtra.

Dilaporkan bahawa pasangan suami isteri itu nekad menjual anak mereka kerana masalah kewangan.

“Sunil dan Shweta Gendre menjual anak lelaki mereka yang baru lahir kepada pasangan Shelke melalui Kiran dan Pramod Ingle pada 22 Ogos.
“Pasangan Shelke, yang juga saudara kepada Kiran Ingle, didakwa membayar 1.10 lakh (RM5,663.96) untuk mendapatkan bayi tersebut sebelum membawanya pulang ke rumah mereka tanpa mengikuti prosedur sah pengambilan anak angkat di bawah undang-undang,” kata pihak polis.

Polis menyatakan bahawa sebaik menerima maklumat, AHTS telah menahan enam individu terbabit mengikut Seksyen 75 dan 81 Akta Keadilan Juvana (Penjagaan dan Perlindungan Kanak-Kanak).

“Bayi itu kini ditempatkan sementara di rumah anak yatim tempatan,” kata pegawai polis.

Baca Lagi:
Pesanan untuk orang muda, jangan sampai merana untuk bergaya…
Anak darjah 5 balik sekolah terkejut tengok bapa tengah ‘ratah’ kakak
Ayah Da’i Syed bersuara selepas anaknya dipenjara 10 tahun dan 3 sebatan kerana merogol