Suami founder terkenal kantoi ada hubungan sulit dengan 3 orang bibik. Selepas 23 tahun berumah tangga, mengalami perceraian kira-kira 12 tahun yang lalu, dan kemudian berdamai semula, nampaknya peluang yang diberikan oleh pengasas produk kecantikan, Fenny Frans, kepada suaminya sekali lagi digugurkan.
Sebelum ini, wanita tersebut telah berkongsi kisah sedih apabila Atox Daeng Sila disyaki menjalinkan hubungan dengan salah seorang pembantu rumahnya selama 2 tahun yang lalu.
Mereka melakukan hubungan badan di bilik tidur saya, teras rumah saya, dan di garaj kereta. Seorang usahawan terkenal dengan empayar perniagaan yang besar, selama ini dia sentiasa memastikan suaminya berada di sisinya di mana sahaja dia berada.
Namun siapa sangka, kegiatan terlarang Atox dan pembantunya berlaku dalam rumah mereka sendiri dan baru diketahui sekarang.
Kenapa mereka boleh ‘buat’ di rumah? Sebab rumahku banyak celah untuk berbuat apa pun. Terbaru, Fenny mendedahkan fakta mengejutkan lain di mana Atox rupanya berselingkuh dengan 3 orang pembantu rumah secara keseluruhan.
Perkara tidak bermoral tersebut begitu mudah berlaku kerana rumahnya memang sangat besar dan mempunyai pelbagai ruangan yang tidak terlihat. Ketika Fenny sibuk bekerja di ruang pejabatnya, itulah saat mereka mencuri peluang untuk melampiaskan nafsu masing-masing.
Allah yang balas kau Pak atas apa yang kau lakukan pada saya
Sejak bernikah di usia 16 tahun, founder ini amat menjaga maruah diri dan begitu setia terhadap seorang lelaki bernama suami. Walaupun dirinya yang bekerja keras menguruskan bisnes saban hari, Fenny bahkan rela memberikan ‘kuasa’ mengawal duit kepada suami atas dasar cinta.
Suatu ketika dahulu, Fenny merupakan suri rumah biasa dan Atox pula pernah bekerja sebagai pemandu van angkot. Bukan mudah untuk pasangan tersebut menapak sampai ke tahap ini. Namun di kala kekayaan sudah berpihak kepada mereka, Fenny yang mendapat gelaran ‘Crazy Rich Makassar‘ kini diuji dari sudut berbeza.
View this post on Instagram