Suami doktor pakar, aku pensyarah tapi anak tak pernah dapat anugerah cemerlang. Kenapa ya?

Suami doktor pakar, aku pensyarah tapi anak tak pernah dapat anugerah cemerlang. Kenapa ya?

Suami doktor pakar, aku pensyarah tapi anak tak pernah dapat anugerah cemerlang. Kenapa ya? Aku rasa macam ibu yang gagal, aku dah ajar dia tapi dia tak dapat markah 100% pun. Malah ada yang dapat B. Waktu aku dan suami kecil, kami selalu dapat no 1 hingga 3 dalam kelas.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi post masalah aku ni. Mungkin kecil pada sesetengah orang tapi besar bagi aku. Saat aku menulis, masa telah menginjak jam 12 malam. Anak dan suami aku sudah tidur.

Aku ambil masa ini untuk menenangkan fikiran. Sambil mencoret di ruangan ini sebagai salah satu ikhtiar untuk aku mencari jawapan pada permasalahan aku melalui nasihat dan perkongsian positif kalian. Nama aku Emilia (bukan nama sebenar) seorang pensyarah di universiti swasta manakala suami aku seorang doktor pakar.

Suami doktor pakar, aku pensyarah tapi anak tak pernah dapat anugerah cemerlang. Kenapa ya?

Kami mempunyai seorang anak lelaki yang kini belajar di darjah 1. Bila tiba akhir tahun, pastinya sekolah akan membuat majlis anugerah bagi pelajar – pelajar yang cemerlang. Sekolah anak aku tidak terkecuali. Apa yang aku ingin ceritakan. Aku kecewa.

Sebab anak aku langsung tidak tersenarai dalam mana – mana anugerah tersebut. Aku meletakkan harapan yang tinggi kerana hanya dia anak yang aku ada. Ketika exam akhir tahun menghampiri, aku bertungkus – lumus belajar buku – buku teks anak aku dan mengajarnya kembali.

Aku rasa aku dah cover 100% silibus dalam buku teks anak aku tapi aku ralat dan kecewa kerana dia tidak dapat markah 100% pun dalam mana – mana subjek. Malah ada jugak subjek yang dapat B. Aku dan suami sewaktu kecil kami sering mendapat no 1 hingga 3 dalam kelas.

Tapi tidak pada anak aku. Aku rasa kecewa dan sedih. Apatah lagi melihat rakan – rakan Facebook dan Instagram masing – masing post gambar keputusan cemerlang dan anugerah yang anak mereka dapat. Aku rasa seolah – olah aku ibu yang gagal.

Gagal dalam mendidik anak aku menjadi cemerlang. Aku tidak tahu mana silapnya, mana salahnya. Aku stress sorang – sorang. Buka Facebook dan Instagram, semua orang post mengenai anugerah yang diterima, result cemerlang di sekeping sijil.

Di ofis juga, sibuk bercerita anak masing – masing menghadiri hari anugerah sekolah. Kata orang, kebijaksanaan anak – anak itu datang dari ibu bapanya. Sedangkan anak ku merupakan anak seorang doktor pakar dan pensyarah tapi tidak dapat keputusan yang sebegitu.

Belum lagi tekanan dari sepupu dan saudara – mara yang rata – rata dapat naik ke pentas menerima hadiah. Semua post gambar di group WhatsApp keluarga. Tapi anak aku? Anak aku ini merupakan anak tunggal dalam keluarga kecil kami.

Tinggi harapan aku dan suami untuk dia berjaya. Aku takut, aku tersilap dalam mendidik. Aku takut, aku tersalah dalam mengajarnya. Kerana peluang aku membesarkannya hanya sekali. Aku tiada anak lain lagi. Dia lah satu – satunya anak aku.

Aku cuma berharap dia berjaya dunia akhirat. Untuk makluman pembaca, aku sukar hamil. Jadi, tipis untuk ada anak lain lagi. Jadi, dialah anak tunggal yang aku dan suami ada. Aku harap, pembaca dapat memberikan idea dan cadangan atau mungkin perkongsian bagaimana aku nak mendidik anak aku supaya cemerlang dunia akhirat.

Untuk hantar tuisyen, jadual anak aku sudah penuh dengan sekolah sesi pagi dan petang, kemudian aktiviti sukan lain pada hujung minggu. Malam pula hanya tinggal masa untuk siapkan homework. Jadi, aku tidak tahu macam mana lagi untuk aku selitkan tuisyen dalam jadualnya.

Harap para ibubapa yang mempunyai anak cemerlang sudi berkongsi tips dengan aku. Aku buntu. Aku str3ss kalau anak aku tak cemerlang. Aku ingin dia naik pentas juga. – Ibu yang high expectation – Emilia (Bukan nama sebenar)

Perkongsian di bawah merupakan dari ‘m4ngsa’ ibu yang terlalu obses dengan kejayaan ketika dia di bangku sekolah dan akhirnya memakan diri.

Aku depr3ssion surv1vor. (Pernah depr3ssion 2 kali dan berhenti belajar 2 kali), lambat habis belajar sebab s4kit depr3ssion aku dan gangguan makhluk halus (selalu hist3ria). Habis degree umur hampir 30 dan sekarang dah kerja, dah berkahwin dan anak seorang.

Aku kembali setelah tr1ggered dengan confession yang dibuat oleh seorang pensyarah menggelarkan dirinya sebagai Emillia, mempunyai anak lelaki 7 tahun yang tidak dapat anugerah kecemerlangan. Dalam banyak – banyak perenggan yang aku baca, yang benar – yang meruntun jiwa aku ialah perenggan di bawah:

“Untuk hantar tuisyen, jadual anak aku sudah penuh dengan sekolah sesi pagi dan petang, kemudian aktiviti sukan lain pada hujung minggu. Malam pula hanya tinggal masa untuk siapkan homework. Jadi, aku tidak tahu macam mana lagi untuk aku selitkan tuisyen dalam jadualnya.”

Aduhai. Anak lelaki… Umur 7 tahun dah macam gini jadual hariannya? Aku terimbau peristiwa silam aku. Mungkin ada yang tertanya – tanya kenapa aku depr3ssion? S4kit untuk aku nyatakan kebenaran. Puncanya ialah ibu aku yang terlalu d0minan, mem4ksa, tak pernah berpuas hati dengan kejayaan aku, sering mengungkit kelemahan aku dan memaIukan aku depan keluarga dan saud4ra – mara lain.

Tapi nak tahu apa yang anehnya? Anehnya aku sentiasa top 3 sejak darjah 1 sampai tingkatan 5. UPSR, PMR straight A, SPM banyak jugak A walaupun tak straight A. Tapi ibu aku tak pernah puas. Pernah ibu aku tanya semasa sekolah, aku dah dapat no 1 dalam kelas dan tingkatan.

Hanya kerana aku tak straight A, dan subjek yang aku tak A tu ada pula student lain dapat A, aku akan dimarah dan diperIi, pemalas, tak suka belajar, anak menyusahkan, degil, dan macam – macam kata lain. Ada satu lagi keanehan ibu aku.

Aku bukanlah anak tunggal. Aku punya adik – beradik yang lain. Anak – anak yang low achiever sentiasa dimaafkan asalkan mereka rajin belajar. Aku, walaupun perform, tetapi sebab dia tak nampak aku belajar dan ulangkaji pelajaran, aku dah disump4h seranah berbakul – bakul.

Jadual tusyen? Bayangkanlah.. Aku bayi 80-an. Kalau ingat.. Zaman kami dulu mana ada tusyen sangat. Seawal darjah 1 aku dah tusyen. Dengan jadual waktu penuh untuk belajar.. Aku juga dinafikan kegembiraan untuk join aktiviti sekolah macam sukan, perkhemahan dan lain – lain atas alasan ia akan mengganggu pelajaran dan tiada nilai merit pun untuk ke universiti.

Hasilnya, aku member0ntak dengan makan banyak sangat sehingga 0besiti. Lagi sekali, ibu aku marah – marah kerana aku terlalu gemuk dan mem4ksa aku bersenam dengan alat senaman yang dibeli di rumah supaya aku kurus semula.

Ya, kisah aku lain sedikit dengan Puan Emillia dan anaknya. Tapi ada perkaitannya. Iaitu betapa ibu aku 0bses dengan kejayaan dan kecemerlangan sekolah sehingga menafikan hak aku sebagai anak perempuan yang mahu disayangi, ditunjuk ajar, dihargai.

Walaupun aku perform di sekolah, aku rajin masuk pelbagai pertandingan wakil sekolah, aku juga sekali sekala buat persembahan main alat muzik untuk acara sekolah. Aku pengawas sekolah, tegas, Iantang, tapi jiwa aku rapuh.

Aku benci diri aku. Aku dah tertanam dalam pemikiran yang ibu aku hanya akan sayang aku bila aku cemerlang, akan sump4h seranah aku bila aku gagal. Moment yang tr1gger depr3ssion aku bila aku gagal ujian matem4tik semasa di universiti. (ujian je bukan final exam).

Lepas tu aku rasa nak mati, nak bvnvh diri, aku dah takde nilai pada ibu aku. Sebab dulu kalau aku dapat rendah dari kawan pun dia akan sump4h seranah.. Apatah lagi gagal? Aku ada cubaan bvnvh diri, dan kemudian aku dapatkan rawatan ps1kiatri, disahkan kemurungan. Selepas itu baru ibu aku slow dengan aku. Menangis pagi siang malam berdoa supaya aku sembuh semula dan boleh belajar semula.

Puan Emillia, Walaupun ibu aku perlahan – lahan berubah, dah tak pentingkan achievement macam dulu, tapi parut 20 tahun dia pasak dalam hati aku bukan semudah tu aku nak ubati. Sebab tu aku faham bila mana ada orang yang ibu bapanya t0ksik.

Tak semua orang bertuah dapat ibu bapa yang saling mendukung dan mendoakan. Ibu aku giIa kejayaan sebab nak canang kejayaan aku pada kawan – kawan dan saud4ra mara dia. Punca aku s4kit gangguan makhluk halus tu pun sebab ada yang sih1rkan aku.

Cemburu sebab aku berjaya dalam pelajaran tak macam anak dia dan terasa hati dengan ibu aku yang kerap bangga – banggakan kejayaan aku. Dan memang aku disih1rkan untuk gagal dalam pelajaran. Aku tak boleh bayangkan anak Puan Emilia ini macam mana tercaIarnya em0si dia. Baru 7 tahun. Aku masa ni dok main baIing selipar, main batu seremban je (sebelum kena sump4h seranah dengan ibu).

Puan Emilia, Kawan – kawan aku masa belajar biasa – biasa je.. Sekarang ramai berjawatan besar dan jadi hebat. Aku dulu top achiever sekarang masih merangkak dalam kerjaya dan kehidupan. Puan, lain anak lain karekter.

Kepandaian manusia bukan IQ semata – mata. Bagi aku, manusia yang hebat ialah manusia yang mantap EQ dan SQ. Lagi mantap kalau dia bagus dalam PQ. Manusia macam ni akan jadi surv1vor. C4mpaklah ke mana – mana pun, dia tak susah dan jarang susahkan orang.

Itu adalah lebih baik puan. Daripada menjadi seorang yang ulat buku tetapi tak tahu makna kehidupan dan akhirnya bila dapat tekanan… Mula hilang arah. Puan, SayangiIah anak tu. Takpe tak dapat tayang anak cemerlang itu ini. Anak bukan piala untuk ditayang – tayang.

Anak adalah amanah untuk dijaga, disayangi, diberi bekal ilmu dunia dan akhir4t yang cukup. Kalau anak ingat Allah, insya allah dia akan ingat ibu bapanya. Janganlah caIarkan em0si anak. Jangan layan anak seperti ibu saya layan saya.

Meskipun saya cuba memaafkan ibu saya.. Parut itu tetap ada dan saya terlalu sukar untuk berlemah lembut dengannya walau saya terlalu sayang dia. Masih belum terlambat. Saya cadangkan puan emilia banyakkan research tentang developmental psych0logy untuk memahami anak – anak.

Banyakkan baca artikel IQ vs EQ. Saya pernah baca satu jurnal artikel lama. Kajian selama 30 tahun kepada pelajar 1st class University Harvard kalau tak silap. Dapatan kajian 30 tahun tu mendapati, tak semua mereka berjaya dalam hidup walaupun dapat 1st class.

Di situlah bermulanya barat mengkaji EQ dan kemudian sekarang SQ berbanding IQ. Saya doakan urusan puan emillia dipermudahkan. Dan aku mohon semua doakan aku sekeluarga harmoni sentiasa. – Seri (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Rizal Rodzuan : Lebih baik puan fokus didik anak tu dari segi sahsiah, keagamaan, sikap dan sebagainya, mana tau mungkin anak puan kurang cemerlang dalam akademik tapi berjaya dari segi pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Paling penting mampu menjaga puan dan suami serta basuh dan mandikan puan kalau puan dan suami tak berdaya di hari tua 1 hari nanti.

Yang Rohaizaat : Bagi saya, anak saya sayang saya, dengar cakap saya, boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik dan cemerlang tu. Dah ok dah tu puan. Anak baru darjah 1, kadang – kadang anak ni bila naik sekolah menengah baru dia tiba – tiba memecut. Usah risau berlebih. Nanti terletak str3ss pada anak. Kesian dia.

Rohaya Ismail : Saya ibu lima anak. 4 orang yang atas alhamdulillah. Setiap tahun naik kelas. Mula darjah 3 sudah mula di lantik jadi pengawas dan bermacam – macam jawatan. Aktif dalam sukan. Tapi bila giliran yang bongsu ni lemah dalam pelajaran.

Tidak aktif sukan, jawatan apa pon tak ada. Kadang – kadang sedih tengok dia. Orang lain berbangga berbaju pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas tapi dia hanya biasa sahaja.

Dan saya pernah Menangis bila balik sekolah dia cerita kena denda sebab tak buat kerja sekolah dia Memang lambat dalam semua perkara. Tapi saya sentiasa memberi sokongan kepada dia. Dengan harapan tua nanti dialah yang menjaga saya

Nur Hayati Yatt : Hye seri, saya agak tekesan dengan coretan awak, saya ada anak perempuan umur 4 tahun saya hantar sekolah Chinese and English. Setiap hujung minggu saya hantar pergi tusyen, TAPI saya tak tekan anak saya.

Hari pertama tuisyen saya tanye, are u happy or not, did u still wan’t to go tusyen class? Jika dia cakap, “i don’t want to go any more,” saya akan terus terminate.. Alhamdullilah dia suka…

Syarifah Hazwani : Tepuk dahi baca confession ni, bertenang sis. Anak tu kecik lagi. Lagipun sekarang tahun 1 -3 tak ade peperiksaan. Yang terpilih naik pentas tu mungkin pelajar yang well balance.

Sukan, adab, keyakinan, jadi rasanya sis perlu fokus untuk anak sis jadi insan yang balance dalam kehidupannya awal – awal ni.

Tambahan : Kalau sekolah tak beri anak sis hadiah, sis belikan hadiah utk anak sis ye. Ucapkan tahniah atas usahanya. Dari confession sis saya yakin keputvsannya bagus – bagus, cuma kurang sikit dari orang lain.

Baca Lagi:
Anak Presiden UMNO tak puas hati kalah pemilihan
Peniaga runcit dari Terengganu tak sangka menang Mercedes Benz A 200
Kecoh Sajat dedah Malaysia negara top 3 bakal bankrup, sekali Mentor Kewangan jawab
CATEGORIES