Suami dirasuk ‘mengilai’ ketika pergi lokasi berubat, isteri mengigil keluar kereta bersama bayi. Pada 27 Jun 2024, wanita ini mengalami detik yang tidak akan dilupakan dalam hidupnya. Menerusi perkongsian di TikTok, @Aretieqaahh mendedahkan bagaimana keluarganya mengalami gangguan mistik daripada makhluk halus yang menggugat ketenteraman hidup mereka.
“Kami sedang dalam perjalanan ke rawatan… Suami saya selalu demam selepas maghrib sudah 3 minggu,” kata Aretieqaahh.
Sedang dalam perjalanan ke tempat rawatan, dia bersama suaminya yang membawa bayi mereka menghadapi detik yang penuh kecemasan dan ketakutan apabila suaminya tiba-tiba berubah tindak tanduk. Lelaki itu menghentikan kereta di tengah jalan, lalu menoleh ke arah isterinya dengan senyuman yang sangat menyeramkan sebelum mulai mengeluarkan perkataan yang tidak difahami dengan panjang lebar.
Wanita ini segera membawa bayinya keluar daripada kereta sebelum dibantu oleh warga sekitar, sambil berkata, “Nak tunggu orang yang berani & ada ilmu je boleh handle.
” Pada mulanya, tiada sesiapa yang berani mendekati kerana suaminya bertindak dengan agak agresif. Saat itu juga, dia cuma mampu mengucapkan kalimah suci Allah berulang kali untuk menenangkan diri.
“Saya membawa bayi kerana sebenarnya bayi itu teruk. Setiap kali tidur, dia menangis,” kata Aretieqaahh apabila ditanya mengapa mereka membawa bayi bersama pada hari itu.
Beliau menerangkan bahawa bayi kecil itu turut menerima gangguan pelik yang menyebabkan dia kerap menangis sewaktu tidur. Ini bukanlah kejadian pertama, kerana Aretieqaahh dan suaminya telah berhadapan dengan dugaan sihir ini sejak zaman sebelum mereka berkahwin lagi.
@tiaahhhh28227.6.24 pengalaman yg tak dpat di lupakan..masa tu tak tahu nk menangis ke nak jerit.. Kami otw nk pergi berubat..sebab suami asyik demam lepas maghrib dah 3 mggu..si dia rasa sesuatu yg tak kena kat bdan dia..dlm perjlanan ke sana n dia drive ye..suddenly something happen..just u imagine dlm kereta tu just ad kau bby n suami je..kau toleh kanan dia dah tersenyum2 pndang kau..tak sampai lg rumah perawat tu..dia dah berhentikan kereta.. Alhamdulillah org kampung ramai dtg..tlg ktorg..aku n bby dah kluar dr kereta tu..sbb aku tkut dia terkam bby..mengigil satu badan..Allah je tahu perasan aku masa tu..
@tiaahhhh282 Replying to @sailormooooonnnn ♬ original sound – Aretieqaahh
Tambahnya lagi, benda yang menganggu mereka sebelum ini bukanlah saka, sebaliknya adalah hantu raya.
@tiaahhhh282 Replying to @nor ashikin yahya ♬ original sound – Aretieqaahh