Suami ceraikan isteri sebab bagi anak susu badan. Sudah menjadi kebiasaan bahawa bayi baru lahir pasti ibu akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan susu badan daripada susu formula. Namun, cerita berbeza apabila seorang suami memutuskan untuk menceraikan isterinya kerana tidak menyukai perbuatan isterinya menyusukan anak.
Melalui perkongsian di aplikasi X, terlihat suami tersebut menghantar mesej kepada isterinya kerana memberikan bayi mereka susu badan.
Jelasnya, bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan normal dan tidak pramatang. Si suami beranggapan bahawa anak kecil tersebut tidak memerlukan susu badan.
“Dia tidak dilahirkan pramatang dan lebih sihat daripada saya semasa dilahirkan. Awak patut meminta bantuan jururawat jika ingin memberinya susu. Secara saintifik, susu formula terbukti lebih baik daripada susu badan,” katanya.
Tambahnya lagi, tindakan si isteri menyusukan bayinya dianggap sebagai kesalahan kerana ia seolah-olah tidak menghormati keputusan suami.
“Saya rasa awak tidak menghormati saya kerana memberikan susu badan kepada anak kita. Saya tidak suka perkara ini kerana saya rasa awak menipu,” luahnya.
Lebih mengejutkan lagi, lelaki itu sanggup mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya apabila keadaan kesihatannya sudah kembali pulih.
“Saya akan menceraikan awak dan sila keluar dari rumah ini apabila keadaan sudah bertambah baik. Buat masa sekarang, duduk sahaja di dalam bilik itu dan jangan keluar,” ujarnya.
Si isteri akur dengan permintaan suaminya walaupun sudah menjelaskan keadaan sebenar. Dia tetap berkeras dengan keputusannya.