Suami bingung isteri paksa kahwin dengan kawan baik dia, lepas kahwin baru tahu perkara sebenar yang isterinya lesbian

Photo of author

By Joe

Suami bingung isteri paksa kahwin dengan kawan baik dia, lepas kahwin baru tahu perkara sebenar yang isterinya lesbian. Seorang suami bingung dengan permintaan isterinya yang tidak masuk akal yang mahukan dia berkahwin satu lagi.

Pastinya ia amat mengejutkan kerana kehidupan mereka sebagai suami isteri selama hampir tujuh tahun begitu bahagia dan dikurniakan tiga cahaya mata.

“Suaminya terkejut kenapa perlu berkahwin seorang lagi. Dia tak ada apa masalah dan rasa tak mampu untuk berkahwin satu lagi.
“Isteri dia pula kata tak apa bang, abang kahwin dengan kawan saya, kasihankan dia,” dedah seorang wanita menerusi satu perkongsian video di media sosial.

Suami bingung isteri paksa kahwin dengan kawan baik dia, lepas kahwin baru tahu perkara sebenar yang isterinya lesbian

Difahamkan, isteri dan rakan isterinya itu berkawan baik dan saling mengenali sejak zaman sekolah, malah masih berhubung sehingga kini.

“Ada kenduri ke, ada apa-apa ke, kawan dia memang akan datang rumah dia dan kadang-kadang tidur di rumah dia,” cerita wanita itu lagi.

Pada awalnya si suami enggan memenuhi permintaan tersebut, namun akur untuk berkahwin lagi atas desakan isterinya.

Perkahwinan kedua bersama rakan isterinya ternyata menggemparkan ramai terutama ahli keluarga dan saudara-mara.

Tidak cukup sekadar itu, isteri pertama turut mengenakan syarat lain.

“Permintaan isteri dia kalau dah berkahwin kena tinggal serumah. Ini pun suami dia macam tak boleh terima, kenapa nak kena tinggal serumah?
“Isteri dia kata, Tak apa, abang kata abang tak mampu. Jadi kita duduk satu rumah. Tak ada masalah katanya,” katanya.

Walaupun perkahwinan kedua itu pada awalnya berlaku tanpa kerelaan suami, namun hubungan bersama isteri baharunya itu bahagia sehingga dikagumi keluarga.

Malah, hubungan kedua-dua isteri juga baik meskipun bermadu sehingga timbul perasaan curiga si suami.

“Suami dia macam pelik isteri dia baik sangat dengan madu. Memang mereka berkawan, tapi apabila dah bermadu, hubungan mereka macam pelik.
“Nak pergi mana-mana nak pergi dengan madu, kadang-kadang tidur pun dalam bilik madu,” katanya lagi.

Perasaan tidak sedap hati itu akhirnya membongkarkan sesuatu yang tidak disangka-sangka mengenai kedua-dua isterinya selama ini.

“Suatu hari ditakdirkan Allah nak tunjuk, dia (suami) dapat tahu isteri pertama dan isteri kedua ada buat perkara yang tak baik.
“Rupa-rupanya isteri pertama dan isteri kedua adalah lesbian. Sebab itulah isteri pertama nak sangat suaminya kahwin dengan perempuan ni supaya mereka dapat bersama, tanpa suaminya syak apa-apa,” katanya.

Susulan pendedahan yang mengejutkan itu, kedua-dua isteri diceraikan dan suami mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya.

“Sekarang ini, isteri dia yang bermadu ke atau suami dia yang dimadukan?
“Jadi, suami yang ada isteri dan tiba-tiba isteri suruh kahwin satu lagi, kenalah berhati-hati,” katanya yang menitipkan pesanan.
Baca Lagi:
Kereta kebal Israel tak sengaja sasar sempadan Mesir hingga cederakan 7 orang
“Kakak ipar aku suri rumah sepenuh masa, berkain batik 24 jam, bila suami aku jumpa dia automatik berubah jadi manja lain macam sampai paksa aku nak bersama”
Suami balik kursus polis nak buat ‘suprise’ dekat isteri, terkejut lihat isteri curang dengan pelajar Universiti tanpa seurat benang