Striker baharu Selangor sah bergelar pemain termahal

Striker baharu Selangor sah bergelar pemain termahal

Striker baharu Selangor sah bergelar pemain termahal. Striker baharu Selangor, Ayron Del Valle yang diumumkan kelab itu pada Sabtu lalu, kini memegang status pemain paling mahal dalam skuad semasa Gergasi Merah.

Tonggak berusia 34 tahun dari Colombia itu diletakkan tanda harga 500,000 euro (RM2.3 juta) oleh laman pasaran pemain antarabangsa, transfermarkt.com.

Tanda harga itu menyaksikan bekas penjaring terbanyak Liga Colombia itu berada di kedudukan ketiga dalam senarai pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) musim ini, berkongsi dengan tiga bintang import Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson Da Silva, Juan Muniz dan Oscar Arribas.

Striker baharu Selangor sah bergelar pemain termahal

Pemain termahal Liga M masih kekal milik pemain JDT, Jordi Amat dengan nilai pasaran RM4.6 juta manakala kedudukan kedua juga milik bintang import Harimau Selatan, Fernando Forestieri (RM3.9 juta).

Antara pencapaian terbaik Del Valle adalah memegang takhta penjaring terbanyak Liga Dimayor selama tiga musim berturut-turut iaitu pada 2014/2015 bersama Deportes Tolima dengan meledak 30 gol, 2015/2016 bersama Alianza Petrol (12 gol) dan 2016/2017 bersama CD America de Cali (11 gol).

Setakat ini, pemain yang akan menyarung jersi bernombor 70 pasukan Selangor itu menjaringkan 157 gol sepanjang kariernya termasuk meledak 140 gol di Liga Colombia.

Untuk rekod, Del Valle pernah menjulang trofi kejuaraan dua kali di Liga Primera A pada tahun 2017 dan Superliga musim 2018.

Sementara itu, dua lagi pemain import yang baharu direkrut Selangor musim ini, Rauf Salifu dan Noor Al-Rawabdeh menghuni tangga kedua dan ketiga pemain termahal Gergasi Merah.

Salifu dari Ghana diletakkan tanda harga RM1.8 juta sementara pemain Jordan, Al-Rawabdeh pula RM1.7 juta, sekali gus menyaksikan awang import baharu yang dibawa masuk Selangor bukan calang-calang pemain.

Baca Lagi:
Orang Sarawak bakal jadi kaya-raya, ulat ‘kayangan’ berharga RM600 sekilo ditemui atas jalan
Nafkah RM6,000 sebulan tak cukup, terpaksa jual kerepek – Emilia Hanafi
Penyanyi Lan A to Z terkenal dengan lagu ‘Itik Gembo-Gembo’, begini keadaan beliau sekarang
CATEGORIES