Strategi pemasaran kena belajar dengan bangsa Cina, ini 8 kesilapan yang dilakukan oleh Malakat Mall

Photo of author

By Joe

Strategi pemasaran kena belajar dengan bangsa Cina, ini 8 kesilapan yang dilakukan oleh Malakat Mall. 2 tahun yang lalu, saya telah menulis tentang Malakat Mall. Saya memperingatkan tentang strategi BMF (Buy Muslim First) yang mungkin membawa kepada akhir perniagaan sendiri.

Saya menegaskan bahawa tidak sepatutnya memanipulasi sentimen kaum dalam perniagaan. Namun, teguran saya diabaikan dan mereka tetap berpegang pada pendiriannya.

Dalam bab pemasaran atau strategi pemasaran, kita perlu belajar dari bangsa Cina.

Strategi pemasaran kena belajar dengan bangsa Cina, ini 8 kesilapan yang dilakukan oleh Malakat Mall

Akhirnya, apabila perniagaan itu ditutup, orang Melayu mulai menyalahkan orang bukan Melayu.
Bagi saya, berita penutupan Malakat Mall bukanlah untuk kita berpuas hati tetapi ia satu pengajaran yang perlu dipelajari.

Antara kesilapan Malakat Mall

1 Kempen BMF (Buy Muslim First)

2. Peniaga Cina tidak mahu masuk berniaga sebab BMF.

3. Pelanggan Melayu yang anti rasis tidak mahu hadir.

4. Pelanggan bangsa lain merasakan Mall ini untuk bangsa Melayu

5. Ruang solat di lobi pusat beli belah secara terbuka tidak sesuai. Sedangkan negara-negara Arab pun ada disediakan bilik solat/surau.

Tak salah untuk solat di surau pusat beli belah, lebih afdal tidak mengganggu urusan orang lain yang mungkin sudah jamal.

6. Lokasi tidak sesuai kerana penduduk Cyberjaya berbilang bangsa. Sepatutnya dibuka di Shah Alam.

7. Pengurusan lemah kerana gagal menarik peniaga-peniaga Melayu masuk ke sana.

8. Dikhabarkan harga barang dapur di Malakat Mall agak mahal berbanding pasar raya lain.

Lihatlah jenama-jenama besar seperti KFC, Speedmart, Mydin, dan lain-lain. Mereka tidak mengadakan kempen berdasarkan kaum.

Mereka menjual kepada semua orang, malah pada zaman Nabi pun tidak pernah ada kempen BMF (Buy Muslim First) seperti sekarang.

Baca Lagi:
Kanak-kanak lelaki 3 tahun maut selepas kena gigit dengan kucing
Bandar Kuala Lumpur tersenarai no.5 paling bahaya untuk warga Amerika Syarikat
“Anak mana tak sayang ibu”- Lelaki ubahsuai bilik sewa ibunya jadi seperti hotel selepas rumah ibu kena roboh