STAR sah keluar dari PN

STAR sah keluar dari PN

STAR sah keluar dari PN. Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sah keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu disahkan Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Bagaimanapun pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Iya (STAR sah keluar dari PN), kita tunggu pengumuman, sebab kalau kau pergi sini saya pergi sana bererti tidak sehaluan lah tu,” katanya.

STAR sah keluar dari PN

Jeffrey ditanya media sama ada ya atau tidak STAR sudah keluar daripada PN.

Jawapan ringkas Jeffrey yang juga bekas Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional itu akhirnya merungkai teka teki sebelum ini hanya berkias menggunakan ungkapan ‘bercerai’ dengan PN mengenai kedudukan STAR dalam gabungan itu.

“Itu sahajalah tunggu pengumuman,” tambahnya ketika ditemui media selepas Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS), Timbang Menggaris ke-50 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu kali ke-37 dan 38 tahun di Bangunan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini melaporkan sudah membincangkan hal itu di dalam Biro Politik STAR.

STAR sebelum ini adalah parti komponen PN yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN-16) pada 2020.

Kini hanya mengganggotai GRS sejak Mac lalu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Gabungan itu kini menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus tidak lagi menjadi komponen parti dalam PN yang merupakan “sekutu” mereka sebelum ini.

Sementara itu Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah mengalu-alukan kerjasama kementeriannya dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu, beliau berharap penekanan dasar dan polisi terutama kepada pengeluaran sekuriti makanan dapat diselaraskan sebaik mungkin antara peringkat negeri dan pusat.

Baca Lagi:
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
Formula Rafizi turunkan harga Myvi RM25,000 ditunggu-tunggu rakyat
CATEGORIES