Staf yang berjaya turun berat badan 500g dapat bonus RM258 seminggu

Photo of author

By Joe

Staf yang berjaya turun berat badan 500g dapat bonus RM258 seminggu. Sebuah syarikat teknologi China telah memperuntukkan 1 juta yuan (RM657,000) kepada kakitangannya yang berjaya menurunkan berat badan.

Syarikat Insta360 yang berpangkalan di Shenzen, wilayah Guandong melancarkan inisiatif pelansingan badan pada awal tahun lalu.

Sejak itu, seramai 150 pekerja mengambil bahagian dalam program ini dan berjaya mengurangkan 800 kilogram (kg) berat pekerja dan pemberian bonus keseluruhan sebanyak 980,000 yuan (RM643,000).

Staf yang berjaya turun berat badan 500g dapat bonus RM258 seminggu

Pekerja yang mempunyai obesiti akan diutamakan dan peserta program berkumpulan ini akan ditimbang setiap minggu.

Jika pekerja itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 500 gram, mereka akan diberi bonus 400 yuan (RM258) setiap minggu.
Jika mana-mana ahli kumpulan bertambah berat maka tiada siapa yang mendapat bonus, sebaliknya akan didenda 500 yuan (RM323).

Difahamkan sejak program itu dilaksanakan, tiada sesiapa pun ‘gagal’ menurunkan berat badan sejak ia berlangsung tiga bulan lalu.

Baca Lagi:
Wanita maut depan anak ketika ‘selfie’ depan kereta api klasik
Lebih 80 ekor lembu terjual untuk ibadah korban, lelaki ini jual dengan harga paling murah dalam Malaysia
Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia