Stadium Shah Alam bertaraf dunia dan 3 perancangan stadium yang hanya tinggal mimpi sampai sekarang

Stadium Shah Alam bertaraf dunia dan 3 perancangan stadium yang hanya tinggal mimpi sampai sekarang

Stadium Shah Alam bertaraf dunia dan 3 perancangan stadium yang hanya tinggal mimpi sampai sekarang. ‘RUMAH’ Selangor FC, Stadium Shah Alam akan berwajah baharu apabila Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) berkongsi pembaharuan terbaharu mengenainya.

Menerusi perkongsian dari laman Facebook rasmi MBI pada Rabu, stadium tersebut yang bakal dibangunkan sebagai Kompleks Sukan Shah Alam bakal memiliki fasiliti bertaraf dunia.

Stadium tersebut dilaporkan akan mempunyai kapasiti sekitar 35,000 hingga 45,000 tempat duduk termasuk sektor khas untuk UltraSel Curva.

Sekiranya berjalan lancar, pembinaan semula Stadium Shah Alam akan dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap sekitar tahun 2026. Kos projek dijangka mencecah RM787 juta.

Stadium Shah Alam bertaraf dunia dan 3 perancangan stadium yang hanya tinggal mimpi sampai sekarang

Perkongsian dari perbadanan itu membawa senyuman kepada para penyokong skuad Gergasi Merah dan merka juga berharap rancangan membina stadium tersebut akan menjadi realiti.

Hal ini kerana, bercakap mengenai impian kerajaan negeri untuk membina stadium bertaraf dunia itu boleh diibaratkan seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam.

Kali ini menyenaraikan tiga negeri yang pada awalnya hanya bersungguh-sungguh untuk membina stadium namun kini dilihat impian itu tinggal kenangan.

1) Kelantan

Stadium Shah Alam bertaraf dunia dan 3 perancangan stadium yang hanya tinggal mimpi sampai sekarang

Gambaran stadium baharu di Kelantan untuk acara dwitahunan itu.

Sebelum ini, Kelantan mencadangkan Bukit Merbau, Ketereh untuk dijadikan pusat sukan sempena penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 2026.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, negeri Pantai Timur itu akan membuat empat infrastruktur utama untuk sukan berkenaan yang meliputi stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrom.

Bukan itu sahaja, dalam perancangan stadium itu terdapat juga fasiliti untuk acara antarabangsa litar-litar sukan bermotor, selain menyediakan keperluan asas lain seperti asrama dan juga Pejabat Perbadanan Stadium.

Stadium berkenaan dijangka mula dibina pada 2021 namun sehingga kini belum ada laporan rasmi mengenai perkembangannya sehingga dikatakan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menjadi tuan rumah sekali lagi bagi temasya dwitahunan itu di Kuala Lumpur.

Sekiranya stadium berkenaan siap seperti yang dirancang, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman bercadang untuk menyewanya bagi tempoh jangka masa panjang dengan tawaran untuk menanggung kos penyelenggaraan.

2) Kedah

Stadium Shah Alam bertaraf dunia dan 3 perancangan stadium yang hanya tinggal mimpi sampai sekarang

Projek stadium baharu Kedah yang dianggarkan menelan bajet sebanyak RM70 juta. — Facebook

Kedah juga tidak terkecuali dalam memasang impian untuk membina stadium baharu untuk pasukan bola sepak mereka iaitu kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Sekitar Februari tahun lepas, Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor berkata, stadium berkenaan akan diletakkan di Sungai Petani.

Tambahnya, peruntukan bagi membina stadium berkualiti itu juga akan mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri, pihak pengurusan KDA FC dan pihak swasta.

Lebih mengejutkan apabila Sanusi menyatakan bahawa kualiti stadium yang bakal menjadi rumah baharu skuad Sang Kenari itu akan menghampiri kualiti stadium juara bertahana Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT).

Sebelum ini, KDA FC menerusi laman web rasmi mereka memuat naik satu dokumen ‘Club Prospectus 2022,’ yang menyatakan bahawa kelab itu mempunyai projek masa hadapan bagi membina sebuah stadium baharu bernilai RM70 juta.

Namun, sehingga kini pihak kerajaan negeri mahupun pihak KDA FC masih belum memberi perkembangan mengenai stadium berkenaan.

Semoga di bawah pemilik kelab baharu, Tan Sri Daud Bakar, penyokong Sang Kenari melihat pasukan KDA FC bermain di rumah baharu akan tercapai dalam masa terdekat.

3) Sabah

Stadium Shah Alam bertaraf dunia dan 3 perancangan stadium yang hanya tinggal mimpi sampai sekarang

Pada Disember 2020, Ahli Majlis Tertinggi SAFA sebulat suara bersetuju melantik Bung Moktar sebagai Pemangku Presiden SAFA. — Facebook/Sabah FC

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) pada 2021 membuat perancangan untuk membina sebuah Stadium SAFA yang kekal bagi membantu memacu pembangunan bola sepak negeri berkenaan.

Stadium SAFA itu akan menjadi pusat tumpuan bagi pemain bola sepak di Sabah dan ia juga boleh digunakan untuk pelbagai kejohanan.

Impian untuk melihat pembinaan stadium nampaknya semakin pudar selepas presidennya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengumumkan peletakan jawatannya pada awal Januari lalu.

Bung Mokhtar berkata, peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan sendiri selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik.

Bagi penyokong Sabah FC, perletakan jawatan itu sama sekali tidak menjejaskan skuad Sang Badak kerana kedua-duanya adalah entiti yang berbeza.

Malah, Sabah FC juga kini dalam perancangan untuk memperkukuhkan dan menambahbaik fasiliti di Stadium Likas.

Baca Lagi:
KJ masuk PKR?, ini jawapan Rafizi
Jangan tutup lampu tandas kalau tidur di hotel, ini sebabnya
Tular video peniaga tunjuk cara goreng ayam, tiba-tiba iphone jatuh dalam kuali..Akhirnya ini yang jadi
CATEGORIES