Stadium paling besar di dunia nampak seperti khemah gergasi. Maghribi akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 bersama Portugal dan Sepanyol. Pembinaan prasarana untuk acara bola sepak ini telahpun dimulakan, dan kini reka bentuk stadium bola sepak terbesar di dunia telah diperlihatkan.
Grand Stade Hassan II dijangka mempunyai kapasiti 115,000 penonton, membolehkannya melepasi kapasiti Camp Nou yang boleh menampung 105,000 penonton.
Yang menjadikan stadium ini menarik ialah reka bentuknya yang mengambil inspirasi daripada khemah perayaan Mawsim yang disambut oleh penduduk Maghribi.
Ia bukan sekadar elemen rekaan hiasan tetapi akan berfungsi sebagai kanopi yang melindungi penonton daripada sinar matahari yang panas. Stadium ini direka oleh firma seni bina Oualalou + Choi.
Ini bukan kali pertama khemah tradisi Arab dijadikan inspirasi untuk sebuah stadium bola sepak. Sebelum ini, bagi Piala Dunia 2022, Stadium Al Bayt telah dibina dengan elemen khemah Badwi.
Pembinaan stadium ini telah dimulakan di kawasan seluas 100 hektar di bandar El Mansouria, berhampiran kota terkemuka Casablanca. Piala Dunia 2030 akan menggunakan 17 stadium, tetapi Grand Stade Hassan II ialah satu-satunya stadium baharu yang akan dibina.
Selepas acara, stadium ini akan digunakan oleh dua pasukan bola sepak dari liga Maghribi.