Squid Game musim kedua kembali

squid game rules

Selepas meraih populariti di seluruh dunia, drama bersiri popular, Squid Game  disahkan bakal kembali menemui penonton menerusi laman penstriman Netflix untuk musim kedua.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Ekeskutif dan Ketua Pegawai Kandungan Netflix, Ted Sarandos dalam satu temubual mengenai pendapatan laman penstriman popular berkenaan pada suku keempat tahun 2021.

Saat ditebak adakah drama popular Korea Selatan itu akan kembali untuk musim kedua selepas menjadi drama bersiri paling tinggi tontonan di Netflix, Ted Sarados mengesahkan perkara tersebut.

“Sudah pasti. The Squid Game universe baru sahaja bermula,” kata Ted Sarados.

Selain itu, Ted Sarados juga meletakkan Squid Game dalam kategori hiburan francais yang mempunyai potensi untuk berkembang selain daripada tayangan di laman penstriman berkenaan sahaja.

Antaranya termasuk, barangan jualan, permainan video dan pengalaman realiti buat peminat drama bersiri berkenaan.

Ted Sarandos juga mengumumkan drama kedua tertinggi paling ditonton di Netflix, Bridgerton musim kedua akan memulakan tayangannya pada Mac ini dan drama Stranger Things musim keempat akan menemui penonton sekitar Jun depan.

Terdahulu pengarah dan penulis Squid Game, Hwang Dong-hyuk mendedahkan pihaknya sedang merancang untuk pembikinan musim kedua drama tersebut.

“Terlalu banyak tekanan dan permintaan untuk musim kedua. Jadi, saya rasa seperti tidak mempunyai pilihan. Memang aka nada musim kedua. Semuanya berada dalam kepala saya dan sedang proses perancangan buat masa ini,” katanya sekitar November lalu.

Squid Game juga berjaya meletakkan tanda aras yang tinggi dalam pembikinan drama bersiri Asia apabila memenangi tiga trofi di Golden Globe Awards antaranya menerusi kategori Drama Televisyen Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik oleh aktor O Yeong-su.
Drama thriller berbahasa Korea itu mengisahkan peserta bersaing untuk memenangi hadiah 45.6 bilion won (AS$38.5 juta).

Mula ditayangkan pada September tahun lalu, Squid Game menjadi rancangan asal Netflix paling popular, menarik lebih 140 juta penonton dalam tempoh empat minggu pertama tayangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.