SPRM dedah 3 beradik wanita ini berjaya kumpul wang RM1.2 juta dalam masa singkat

SPRM dedah 3 beradik wanita ini berjaya kumpul wang RM1.2 juta dalam masa singkat

SPRM dedah 3 beradik wanita ini berjaya kumpul wang RM1.2 juta dalam masa singkat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan penemuan hasil risikan terhadap tiga beradik wanita

mereka yang terbabit sebagai dalang sindiket penyeludupan ribuan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Semenanjung Malaysia sejak 2018.

Akaun bank milik tiga beradik itu tidak menyimpan wang dalam jumlah besar dan duit diperoleh hasil kegiatan tidak disimpan lama di dalam bank sebaliknya ia dipercayai dipindahkan ke luar negara.

SPRM dedah 3 beradik wanita ini berjaya kumpul wang RM1.2 juta dalam masa singkat

Gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang diberkas SPRM dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Khamis lalu dipercayai memindahkan wang diperolehi hasil kegiatan jenayah itu ke negara jiran secara tunai.

“Berlaku transaksi yang amat kerap menunjukkan wang berkenaan sentiasa dikeluarkan dari dalam akaun bank milik suspek.
“Malah, lebih menghairankan ketiga-tiga suspek tidak menunjukkan kemewahan luar biasa walaupun risikan mendapati suspek sudah mengumpul lebih RM1.2 juta hasil dari kegiatan jenayah dilakukan,” katanya.

Menurutnya, suspek hanya mendiami rumah biasa dan tidak menggunakan kenderaan mewah atau memperagakan barang kemas.

“Suspek bergerak menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) model lama Toyota. Ia mungkin digunakan untuk memudahkan pengangkutan PATI.

Berdasarkan risikan ramai antara PATI yang berurusan dengannya berasal dari Pulau Basilan dan Pulau Tawi Tawi terletak di selatan Filipina. Mereka menggunakan bot untuk menyusup masuk ke perairan Sabah sebelum berurusan dengan suspek yang menetap di Tawau, Sabah.

“Malah, suspek turut dikesan kerap mengunjungi pulau di selatan Filipina. Ada kemungkinan suspek mempunyai saudara-mara di sana (selatan Filipina) berikutan salah seorang suami suspek adalah warga asing berstatus pelarian,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan, wang keuntungan diperoleh hasil kegiatan itu dipindahkan ke negara jiran untuk membeli aset atau disimpan di sana.

“Ketika ini tiga beradik wanita itu masih ditahan reman sehingga Rabu ini. Soal siasat masih diteruskan terhadap mereka,” katanya.

Baca Lagi:
Desas-desus 15 Ahli Parlimen BN akan letak jawatan?
Hospital penuh, ramai dah mula sakit-sakit
‘Kami layan mak cik sehabis baik, tapi macam ni mak cik buat dekat kedai kami cari rezeki’
CATEGORIES