“Sold”- Ali Puteh jual semua trofi kemenangan program lawak

Photo of author

By Joe

“Sold”- Ali Puteh jual semua trofi kemenangan program lawak. Seperti diketahui ramai, pelawak Ali Puteh pernah menyertai beberapa program lawak yang dianjurkan dalam stesen televisyen dan juga pernah menjuarai hingga raih beberapa trofi.

Berjaya jual semua trofi kemenangan

Dapat dilihat dalam akaun Instagram @pojie.pidon baru-baru ini, kelihatan pelawak Ali Puteh telah menjual trofi kemenangan yang dimiliki seperti sertai beberapa siri program realiti lawak di Malaysia.

"Sold"- Ali Puteh jual semua trofi kemenangan program lawak

Sold. Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak).

Bukan saja trofi Maharaja Lawak Mega, bahkan trofi yang dimiliki sewaktu sertai Muzikal Lawak Superstar, trofi Projek Komedi Warna dan terdapat satu lagi program lawak turut berjaya dijual oleh Ali.

Netizen doa semoga dipermudahkan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Ali dan keluarga dipermudahkan oleh Allah SWT serta sentiasa kuat hadapi ujian hidup.

"Sold"- Ali Puteh jual semua trofi kemenangan program lawak

"Sold"- Ali Puteh jual semua trofi kemenangan program lawak

Baca Lagi:
Isteri anggota polis panjat dinding bilik air selepas kantoi curang dengan keluarga sendiri
Menteri Pertahanan mahu rekrut ‘hacker’ sebagai aset baharu pertahanan negara
Ramai yang tak tahu kulit buah oren boleh buat snek, ini caranya