‘Solat pun buat main-main’, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sham dikecam netizen

‘Solat pun buat main-main’, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sham dikecam netizen

‘Solat pun buat main-main’, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sham dikecam netizen. Baru-baru ini, perkongsian pelakon Syatilla Melvin menjadi perhatian apabila memuat naik video bersama suaminya, Shaheizy Sam sedang solat berjemaah.

Menerusi video tersebut, Syatilla dilihat menerjah suaminya selepas selesai solat dan seolah menghidu bahagian leher Shaheizy selepas selesai memberi salam.

“Yang makmummmm tu punnnnn. Dia punyaa bauu tuu bedesuppp sampai dalam hatii,” tulis Syatilla.

'Solat pun buat main-main', Syatilla Melvin dan Shaheizy Sham dikecam netizen

Difahamkan, video tersebut adalah untuk mempromosikan produk wangian yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen susulan tindakan pasangan itu menggunakan solat sebagai konten serta mendakwa seperti mempermainkan agama.

'Solat pun buat main-main', Syatilla Melvin dan Shaheizy Sham dikecam netizen

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan adakah tidak ada idea lebih baik untuk menghasilkan konten. Mungkin sedar video tersebut mengundang kecaman ramai, Syatilla dilihat menutup ruangan komen perkongsian tersebut.

Baca Lagi:
7 sebab lelaki Melayu suka gadis Cina, Korea atau Jepun berbanding wanita Melayu
Lelaki jumpa ‘Tiger Cat Fish’ di sungai Malaysia
Selepas digantung keahlian selama 6 tahun, Hishammuddin dedah sesuatu
CATEGORIES