Skandal LCS: Rafizi cabar Abd. Latiff kemukakan saman

Skandal LCS: Rafizi cabar Abd. Latiff kemukakan saman

Skandal LCS: Rafizi cabar Abd. Latiff kemukakan saman.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad untuk memfailkan saman terhadap dirinya.

Ia berhubung dakwaan dirinya yang mengaitkan Ahli Parlimen Mersing itu dalam penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS).

“Saya tunggu beliau (Abd. Latiff) saman, beliau tidak saman, kalau ikut hati, saya mahu saman beliau. Saya akan tunggu, silap hari kalau beliau tidak saman, saya akan saman beliau.

“Ia supaya beliau boleh pergi ke mahkamah, dan apabila di situ, kita boleh ambil jalan undang-undang untuk dapatkan dokumen yang kita boleh tunjuk dekat mahkamah,” katanya.

Skandal LCS: Rafizi cabar Abd. Latiff kemukakan saman

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada program Jelajah Trak Ayuh Malaysia di tapak parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

Baru-baru ini, Rafizi dalam kenyataan turut mendesak supaya Abd. Latiff turut mengambil tindakan saman terhadap juruaudit yang dilantik Boustead Heavy Industries Corporation Bhd. (BHIC) iaitu Alliance IFA (M) Sdn. Bhd..

Syarikat audit itu menerusi laporan forensik kapal LCS telah menamakan Zainab Mohd. Salleh sebagai isteri Abd. Latiff yang juga individu yang mengawal syarikat-syarikat palsu Alizes Marine yang mendapat kontrak membekalkan alat gantian sebanyak RM210 juta.

Laporan sama turut mengaitkan Zainab mengawal selia sebuah lagi syarikat iaitu Mega P Asia Sdn. Bhd. yang mendapat kontrak pertahanan laut dan ia ditubuhkan sendiri oleh Abd. Latiff.

Sementara itu, Rafizi dalam ucapannya semalam turut menegaskan, segala pendedahan beliau itu adalah hasil semakan berhati-hati dan penelitian rapi yang dilakukannya.

“Saya tahu cerita sebenar, apabila saya buka mulut, berbanding dengan orang lain, orang lain tidak berdepan risiko tangkap dan saman.

“Saya tidak kisah masuk lokap, tetapi kasihan dekat anak bini (saya), takkan (saya) masuk lokap lagi pada umur begini. Saya memang berhati-hati dan semak semua, saya tahu cerita sebenar dan kebenaran akan keluar satu demi satu,” katanya lagi.

Baca lagi: 

‘Zainab’ bukan isteri saya, Abdul Latiff nafi isterinya terlibat dalam skandal LCS

Panas ! Rafizi dedah Isteri kedua Dr Latiff ‘jerung besar’ terlibat skandal LCS

Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat

CATEGORIES