Siram pokok pada musim kemarau akan didenda RM6,000

Siram pokok pada musim kemarau akan didenda RM6,000

Siram pokok pada musim kemarau akan didenda RM6,000. Larangan yang aneh tetapi mempunyai rasionalnya.

Jutaan penduduk di bahagian selatan Britain dilarang menyiram tanaman menggunakan air terawat susulan permintaan air minuman yang tinggi akibat cuaca panas.

Larangan sementara itu membabitkan penduduk yang tinggal di selatan Kent dan Sussex, berkuatkuasa pada 26 Jun.

Siram pokok pada musim kemarau akan didenda RM6,000

Ini kerana ramalan cuaca menunjukkan musim panas ekstrem di bahagian berkenaan dengan hanya sedikit hujan.

Syarikat air, South East Water berkata, permintaan air terawat pada Jun memecahkan rekod tertinggi walaupun syarikat itu menyediakan tambahan 120 juta liter air sehari.

Kekurangan air untuk kemudahan kebersihan pada Jumaat turut memaksa tiga sekolah di East Sussex ditutup sebahagiannya.

“Keadaan ini menjadi jauh lebih serius berbanding tempoh musim panas tahun lalu,” kata Ketua Eksekutif David Hinton.
“Walaupun pelanggan sudah dimaklumkan supaya menggunakan air untuk kegunaan penting sahaja, namun kami tiada pilihan selain memperkenalkan larangan sementara ini.
“Ia bagi melindungi bekalan air di seluruh Kent dan Sussex,” katanya.Southern Water, yang membekalkan air terawat di kawasan Kent pula mengeluarkan amaran pada Khamis bahawa permintaan untuk air di daerah itu melebihi bekalan.

Pembekal itu berkata, permintaan adalah 15 peratus lebih tinggi daripada jangkaan untuk tahun ini.

Justeru, penggunaan bekalan air terawat adalah tidak dibenarkan untuk perkara tidak penting seperti menyiram pokok di taman, mengisi kolam atau mencuci kereta.

Sesiapa yang didapati melanggar larangan itu boleh dikenakan denda sehingga £1,000 (kira-kira RM5,915).

Baca Lagi:
Malu dengan leher hitam berdaki?, ini 5 cara hilangkan dengan mudah
Dr ajar cara masak Mee Segera yang betul, nak makan kerap pun dah tak risau lepas ini
Gambar lelaki penghantar makanan Al-Arqam pada tahun 1985, tapi siapa sebenarnya mereka?
CATEGORIES