Singapura jauh lebih maju berbanding Malaysia kerana tiada UMNO/BN disana – Mohd Amar

Singapura jauh lebih maju berbanding Malaysia kerana tiada UMNO/BN disana – Mohd Amar

Singapura jauh lebih maju berbanding Malaysia kerana tiada UMNO/BN disana – Mohd Amar. Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah memberi analogi tersendiri ketika berkempen untuk memenangkan Perikatan Nasional (PN) menjelang hari pembuangan undi pada Sabtu ini.

Sempat meminta maaf kerana membuat perbandingan dengan Singapura, pemimpin kanan PAS itu berkata republik tersebut jauh lebih maju berbanding Malaysia.

Hal itu kerana, kata Mohd Amar, tiada Umno-BN di Singapura.

“Cuba kita lihat Singapura, mana yang lebih maju antara Singapura dengan Malaysia?

“Tentulah yang lebih maju ialah Singapura. Saya meminta maaf untuk bertanya secara berterus-terang, Umno ada ke di Singapura?

“Ada BN ke di Singapura? Tak ada. Ini bermakna, jika tak ada Umno, ia menjadi lebih mudah untuk membangunkan negara,” katanya seperti dipetik portal berita rasmi PAS, harakahdaily hari ini.

PAS terus menggiatkan serangannya terhadap Umno-BN di sebalik kerjasama yang terjalin di antara mereka untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

Pembangunan tugas kerajaan

Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang turut mengeluarkan kenyataan yang keras ke atas Umno-BN. Misalnya dia mengajak pengundi Johor menghukum parti berkenaan dalam PRN kali ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini juga menegaskan sesebuah kerajaan negeri yang dikuasai mereka akan stabil jika jumlah kerusi Umno kecil.

Untuk rekod, walaupun memeterai piagam Muafakat Nasional, kerjasama Umno-BN tidak kelihatan dengan jelas di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kata Mohd Amar disebabkan Singapura begitu maju, setiap hari ada saja rakyat Malaysia menyeberangi Tambak Johor untuk bekerja di negara berkenaan.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena PRN Johor di DUN Benut, malam tadi.

Portal itu juga melaporkan bahawa Mohd Amar mengingatkan agar rakyat Johor tidak perlu terpesona atau terpedaya dengan janji-janji politik pembangunan dibuat BN kerana ia merupakan tanggungjawab kepada sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan.

“(Jadi) Pembangunan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja seperti jalan raya, hospital dan sebagainya.

“Sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan, dia mesti melakukan pembangunan. Oleh sebab itu, pembangunan wujud di negara komunis seperti di Rusia kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan,” jelasnya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan bagaimana Muhyiddin Yassin dikhianati oleh Umno sehingga memaksa Pengerusi PN dan Presiden Bersatu itu meletak jawatan sebagai perdana menteri.

“Di mana maruah Bangsa Johor? Itu adalah peluang pertama bagi bangsa Johor menjadi perdana menteri Malaysia.

“Tetapi Umno yang disokong oleh orang Johor dan yang berkembang di Johor telah mengkhianati kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.

“Kerana apa? Kerana mereka mempunyai agenda politik yang tersendiri,” katanya.

Justeru Mohd Amar berkata rakyat Johor perlu keluar pada 12 Mac ini dan beramai-ramai menolak Umno yang didakwanya “mengkhianati bangsa Johor sebagai perdana menteri.”

Baca lagi: 

KFC kena ‘serang’ lagi! tapi kali ni bukan Kak Long….

Dah macam nyawa kucing, 7 kali terselamat kemalangan ngeri, kenali Frane Selak lelaki bertuah di dunia

Mekanik ‘hot’ tidak peduli ajakan lelaki mata keranjang

CATEGORIES
TAGS