Sindiket pengemis OKU warga China raih pendapatan RM10,000 sebulan gara-gara rakyat Malaysia terlalu pemurah

Photo of author

By Joe

Sindiket pengemis OKU warga China raih pendapatan RM10,000 sebulan gara-gara rakyat Malaysia terlalu pemurah. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor berjaya menahan empat orang pengemis OKU jalanan warga China di Johor Bahru baru-baru ini.

Tangkapan itu dilakukan menerusi Op Serkap, di mana keempat-empat individu yang berusia antara 36 hingga 67 tahun ditahan secara berasingan. Wang tunai berjumlah RM9,000 turut dirampas.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata tindakan penahanan dilakukan selepas pihaknya bertindak berdasarkan maklumat awam dan risikan selama tiga minggu.

Sindiket pengemis OKU warga China raih pendapatan RM10,000 sebulan gara-gara rakyat Malaysia terlalu pemurah

“Hanya dengan memanfaatkan kekurangan fizikal dan cacat anggota, pengemis-pengemis warga asing ini mampu meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.
“Sikap pemurah rakyat Malaysia telah menyebabkan mereka cenderung untuk bertindak agresif dengan mendekati orang ramai yang mengunjungi pasar malam dan premis-premis,” kata Datuk Mohd Rusdi dalam satu kenyataan.

Kesemua warga asing yang ditahan itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

Baca Lagi:
Suami dibunuh kejam gara-gara isteri kerap buat ‘content’ tayang rumah mewah
Ramai tak tahu, rupanya ini maksud sebenar 8 warna baju yang dipakai banduan dalam penjara
“Peluk kuat-kuat!” – Abby Abadi minta Fattah Amin pujuk Fazura agar kembali bahagia bersama