“Simple tapi kenyang”- Mydin jual burger bernilai RM0.67 buat ramai warganet terkejut. Netizen nyata terkejut dengan langkah yang diambil oleh salah satu rangkaian pasar raya ternama di negara ini, iaitu Mydin, yang menjual burger dengan harga serendah RM0.67.
Menurut perkongsian seorang pengguna laman X, beliau telah mencuba burger yang dijual oleh Mydin dan ingin melihat bagaimana kualiti serta cara sajian yang dilakukan memandangkan harga jualan yang kelihatan tidak masuk akal.
Meskipun dijual pada harga murah, burger tersebut nyata lengkap dengan roti, ayam, mayonis, sos, dan dua jenis sayuran iaitu kubis dan lobak merah.
Netizen menyambut baik inisiatif yang diambil oleh Mydin untuk menjual makanan pada harga rendah ketika situasi ekonomi yang tidak menentu dan harga barangan keperluan semakin meningkat.
Ada juga netizen yang membandingkan burger Mydin dengan burger yang sering dijual di stadium semasa perlawanan bola sepak, terutama yang melibatkan pasukan kebangsaan.
Untuk kualiti yang sama atau kurang, burger yang dijual di stadium semasa perlawanan bola sepak jauh lebih mahal, dengan beberapa peniaga menjual burger pada harga bermula RM5.
Malah, seorang gadis di Terengganu berkongsi pengalamannya membeli burger di stadium di mana penjual hanya meletakkan ayam belah dua di antara roti burger, bukannya sekeping burger seperti yang dijual di gerai tepi jalan.
Burger 67 sen dekat Mydin. Menangis owner bisnes burger stadium kalau tengok ni 😠pic.twitter.com/TwzmOz0EqV
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) August 27, 2024