Simbah air menggelegak pada anak 6 tahun kerana bising mengganggu tidur, bapa dipenjara 6 tahun. Mohd. Yasin Halik, 40, mempunyai 2 anak luar nikah bersama teman wanita warganegara Indonesia, Suma berusia 41 tahun.
1 Disember 2022, Yasin didakwa mencurah air panas pada anak perempuannya yang berusia 6 dan 9 tahun kerana bising.
Dia juga menghalang Suma membawa keduanya mendapat rawatan segera. Hanya selepas 9 hari kedua kanak-kanak tersebut menerima rawatan.
8 Disember menyimbah air panas kepada ibu kanak-kanak yang sedang tidur
9 Disember anak yang berusia 9 tahun meninggal dan ditanam di tepi jalan. Si ibu buat laporan polis.
Hukuman penjara 6 tahun dijatuhkan atas kesalahan menyiram air panas kepada anak perempuannya yang berusia 6 tahun. Sebutan kes bagi pembunuhan anak perempuan 9 tahun akan dibuat pada 21 Februari ini