
Sikap biadap penunggang motor marah pemandu kereta lambat sentuh kad TnG undang kecaman
Sikap biadap penunggang motor marah pemandu kereta lambat sentuh kad TnG undang kecaman.
Di Malaysia, bukan sahaja kita ‘famous’ dengan pengguna kereta ‘cucuk’ rapat belakang sebab enggan bayar tol, tapi ada juga penunggang motorsikal yang degil dan tidak mahu menggunakan jalan motorsikal yang telah disediakan.
Merupakan kelebihan di negara kita, penunggang motorsikal tidak perlu membayar perkhidmatan tol seperti kenderaan bertayar empat yang lain namun ada segelintir masyarakat mengambil kesempatan dengan menyelit di laluan utama tol sehingga ada kereta yang dihempap palang tol.
Persis situasi tersebut, baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang pengguna lorong Touch ‘n Go didakwa telah dimarahi oleh penunggang motosikal yang menunggunya membuka palang tol untuk membolehkan dia keluar dari lorong tersebut.
Dapat kita lihat terdapat dua buah motorsikal yang enggan menggunakan laluan motor dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Seorang daripada mereka mula menyengetkan motosikal untuk keluar lorong tersebut melalui bawah palang.
Enggan menunggu lama, penunggang motorsikal tersebut menunding-nundingkan jarinya ke arah pemandu dengan harapan pemandu segera menyentuh kad Touch ‘n Go dan palang lorong berkenaan dibuka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata naik darah dengan perangai dua orang penunggang motorsikal tersebut.
Bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, malah melanggar peraturan kerana tidak menggunakan lorong motorsikal yang telah disediakan.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut merungut oleh disebabkan golong seperti inilah yang mengakibatkan kereta terlanggar palang yang tutup ketika mereka ingin keluar dari lorong tersebut.
Lebih teruk, ada segelintir pengguna tol yang terpaksa membayar sehingga dua kali selepas motorsikal keluar dari lorong.
Lain macam ye bodoh dia. Kalau guna lorong motor dah jauh pergi dah. https://t.co/DUbuUiKkth
— Pijie 🇲🇾 (@pijie118) June 8, 2022
Baca Lagi:
Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti
Viral Salon rambut tampilkan pekerja seksi diserbu polis
[VIDEO] Peniaga pasar malam terkejut terima ‘duit pelik’ berkepala dua dari pelanggan