“Signboard pun berlube” Papan tanda ‘rongak’ pula jadi kecaman netizen

“Signboard pun berlube” Papan tanda ‘rongak’ pula jadi kecaman netizen

“Signboard pun berlube” Papan tanda ‘rongak’ pula jadi kecaman netizen.

Jika semalam, sebuah papan tanda jalan raya ‘menangis’ di kesan di sebuah kawasan di Selangor, namun hari ini pengguna sekali lagi berkongsi kedaifan tersebut.

Bezanya kali ini, ia tidak lagi menangis, tetapi telah ‘rongak’ sana sini dan membahayakan pengguna jalan raya sekiranya ia tertanggal sewaktu angin atau ribut.

a48d77f8 51ac 4baa b5e6 b470d2466506

Kedaifan papan tanda itu telah dikongsi di laman Facebook Kelantan State dan kini menjadi bualan pengguna media sosial yang lain.

Menerusi foto yang dikongsi di laman Facebook Kelantan State itu, papan tanda berkenaan sangat daif sehingga sebahagiannya besi yang memaparkan nama tempat telah tertanggal.

Keadaan itu boleh mengelirukan pengguna jalan raya terutamanya kepada mereka yang sedang mencari arah atau tempat.

Difahamkan foto berkenaan telah dirakam seorang pengguna jalan raya dan lokasinya di hadapan sebuah pasar raya terkenal yang baharu di buka di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) membaiki segera papan tanda berkenaan.

Ini kerana ia bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah turut membahaya pengguna jalan raya kerana mungkin serpihannya akan jatuh mengenai orang awam.

“Mohon pihak berwajib laksanakan kerja masing-masing, janganlah buta mata buta hati,”tulis Anaz Nazif.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zam Md Nour.

“Kakitangan yang bertanggungjawab di majlis bandaran tak nampak atau buat tak nampak,”ujarnya.

Baca Lagi:

4 cara setting aircond kereta supaya jadi lebih sejuk dan tahan lama yang perlu anda tahu…

Pemain bola sepak Brazil maut diserang ikan pirana ketika dikejar polis

‘Siap boleh panggil baby sayang’ – Pakej kejut sahur dijual serendah RM2

CATEGORIES