Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika

Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika

Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika. Hetty Green adalah “wanita paling kaya di Amerika” semasa penghujung abad ke-19. Selain itu, Hetty juga dikenali sebagai “The Witch of Wall Street” kerana sering memakai jubah hitam yang agak menakutkan. Guinness World Records pernah menamakan Hetty sebagai “manusia paling kedekut” di dunia.

Walaupun kaya, Hetty sering dilihat di Wall Street membawa beg berisi makanan tengah hari yang biasanya terdiri daripada empingan oat atau biskut kering.

Sejarah awal Hetty Green

Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika

Hetty Green dilahirkan pada tahun 1834 di dalam keluarga Quaker (satu kumpulan dalam Kristian yang bermula sejak 1600-an) yang kaya dan telah membuat keuntungan berjuta-juta dengan perniagaan perkapalan mereka. Ibunya pula mempunyai masalah kesihatan dan tidak berupaya menjaga Hetty.

Jadi, Hetty dibesarkan oleh bapa dan datuknya. Sebagai anak tunggal, adalah penting bagi Hetty untuk belajar dan memahami perkara berkaitan kewangan dan pelaburan. Bapa dan datuknya telah mengajar Hetty membaca laporan pasaran saham sejak kecil, bukannya cerita dongeng.

Walaupun tulisan tangan Hetty agak comot dan banyak kesalahan ejaan, namun dia tahu bagaimana untuk membuat keuntungan. Ketika berumur 13 tahun sahaja Hetty telah mengambil alih tugas mengendalikan perakaunan perniagaan keluarganya.

Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika

Menurut The Telegraph ketika Hetty berusia 20 tahun, bapanya telah membeli satu almari yang penuh dengan pakaian terbaik untuk menarik perhatian pemuda kaya agar berkahwin dengan anaknya. Akan tetapi, Hetty telah menjual semua pakaian itu dan menggunakan wang yang diperolehinya untuk membeli bon kerajaan.

Hanya berminat mengumpul harta
Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika

Bapa Hetty Green

Pernah sekali Hetty memberitahu seorang wartawan bahawa ketika dia berumur 15 tahun, dia lebih mengetahui tentang banyak perkara dalam bidang perniagaan berbanding lelaki yang bekerja dalam bidang itu seumur hidup mereka.

Ramai orang mengatakan bahawa Hetty telah ketagih untuk membuat keuntungan dan mengumpul kekayaan. Hetty dilihat seperti tidak berminat terhadap pekara lain.

Selepas kematian bapanya pada tahun 1865, Hetty telah mewarisi kekayaan keluarganya yang bernilai RM 20.5 juta (dianggarkan bernilai RM 316.6 juta pada 2019). Tidak lama selepas itu, ibu saudaranya iaitu Sylvia Howland pula meninggal dunia dan mendermakan RM 8 juta hartanya kepada badan amal. Perkara itu tidak disukai oleh Hetty sama sekali.

Pada abad ke-19, tidak ramai wanita yang bergelar jutawan. Kebanyakan wanita pada zaman ini masih lagi menjaga rumah tangga dan meluangkan masa bersama keluarga. Walau bagaimanapun, Hetty tidak berminat bekeluarga selain daripada mengumpul harta.

Wanita kapitalis – Monopoli dan korupsi
Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika

Suami Hetty Green

Seperti pelabur lain pada zaman itu, Hetty juga terlibat dalam banyak perbuatan korup dan tidak beretika. Sebagai contoh, dia pernah mencabar wasiat ibu saudaranya di mahkamah serta memalsukan tandatangan dalam beberapa dokumen. Hetty kalah dalam tuntutan itu.

Dia juga memberi pinjaman faedah tinggi kepada bank-bank dan bandar yang terdesak atau dalam krisis. Selain itu Hetty membeli dan menjual kereta api serta landasan. Sekiranya peminjam gagal membayar, dia akan merampas harta mereka yang dicagarkan.

Pada tahun 1905, Hetty memberitahu New York Times bahawa dia melakukan pembelian ketika harga sesuatu barangan atau aset itu pada tahap terendah dan tiada siapa pun yang mahukannya. Dia akan menyimpan barangan itu dan hanya menjualnya semula apabila harganya naik dan ramai orang inginkannya. Apa yang dilakukannya ini adalah cara kapitalis moden merompak.

Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika

Hetty bersama anaknya Sylvia dan menantunya

Hetty yang percaya bahawa dirinya dikelilingi oleh ‘pisau cukur’ dan memilih untuk membujang sehingga berumur 33 tahun. Pada zaman itu, Hetty dikira sebagai anak dara tua. Dia kemudian berkahwin dengan Edward Henry Green yang juga merupakan seorang jutawan dan mereka dikurniakan dua orang anak, Ned dan Sylvia.

Edward tidaklah begitu cekap mengurus kewangan seperti isterinya. Hetty melakukan pelbagai usaha untuk memastikan hartanya dan harta suaminya diasingkan dan tidak bercampur. Edward kemudian berpindah keluar daripada rumah mereka. Anehnya, beberapa bulan sebelum Edward meninggal dunia, Hetty telah menjaganya.

Kedekut yang melampau-lampau

Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika

Selepas kematian suaminya, Hetty memakai gaun hitam sepanjang hidupnya. Sesetengah orang berfikir bahawa sifat keibuan akan melembutkan Hetty, tetapi mereka salah. Anak-anaknya hanya memakai baju terpakai.

Apabila anak lelakinya terlibat dalam kemalangan dan luka pada kaki, Hetty membawanya ke klinik percuma di mana orang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan. Sebaik sahaja doktor mengenali Hetty dan menuntut bayaran daripadanya, Hetty lari meninggalkan hospita. Kaki anaknya Ned tidak sembuh dengan betul dan terpaksa dipotong.

Bukan itu sahaja, Hetty juga tidak menjaga kebajikan dirinya sendiri. Daripada mendapatkan rawatan yang betul, dia hanya menjaga hernianya (tonjolan lebihan tisu badan ke permukaan kulit melalui rongga atau liang) dengan meletakkan kayu antara perutnya dan seluar dalam.

Semasa meningkat tua, sifat aneh Hetty semakin menjadi-jadi. Dia kerap berpindah tempat tinggal bagi mengelakkan perhatian daripada pihak akhbar atau potensi dirompak. Dia juga tidur dengan rantai yang diikat dengan kunci simpanan bank di sekeliling pinggangnya dan pistol yang diikat pada tangannya.

Anak-anak tidak mahu mewarisi sifat Hetty
Sifat kedekut luar biasa buatkan wanita ini jadi orang paling kaya di Amerika

Edward Howland Robinson “Ned” Green

Akhirnya Hetty Green meninggal dunia pada tahun 1916 ketika berusia 81 tahun. Selepas kematiannya, anak-anaknya menjalani kehidupan yang pasti membuatkan Hetty tidak berpuas hati sekiranya masih hidup.

Anak perempuannya Sylvia yang telah berkahwin tidak banyak perubahan yang dilakukannya. Perbuatan yang dianggap paling bertentangan dengan sifat ibunya ialah apabila Sylvia meninggalkan semua harta warisannya bernilai RM 1.8 billion (nilai hari ini) untuk badan amal ketika dia meninggal dunia pada tahun 1961.

Ned pula, menjadi seorang pengumpul barangan dan sentiasa berbelanja mewah. Dia telah mengahwini wanita pertama yang dicintainya iaitu seorang pelacur bernama Mabel dan menikmati hidupnya. Semasa hidup, Hetty begitu bencikan kekasih anaknya itu.

Baca Lagi:
Bukan calang-calang keluarga Puteri Sarah, patutlah kurang bercakap pasal ‘kahwin dua’
Kerajaan umum Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023, boleh semak kelayakan anda
Bekas pemain bola Sarawak United terpaksa jual rumah dan kereta
CATEGORIES