Siaran langsung keputusan terkini undi PRN 2023

Photo of author

By Joe

Siaran langsung keputusan terkini undi PRN 2023. PROSES pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, selain Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu ditutup sepenuhnya jam 6 petang tadi.

Kini proses pengiraan undi bagi 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk enam negeri yang membabitkan 3,450 pusat mengundi dengan 17,425 saluran bermula.

Ikuti laporan langsung sekitar proses pengiraan undi daripada wartawan BH di enam negeri terbabit.

Siaran langsung keputusan terkini undi PRN 2023

TIDAK RASMI Calon PAS DUN Chempaka, Nik Asma’Bahrum Nik Abdullah sedang mendahului dengan 14,563 undi, manakala calon Barisan Nasional, Nik Normi Nik Ayub 4,570 dan calon Bebas Ibrahim Sulong 191 undi.

TIDAK RASMI: Calon PAS DUN Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sedang mendahului dengan 12,564 undi manakala calon Pakatan Harapan, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain bagi DUN Panchor dengan 5,251 undi

TIDAK RASMI Menteri Besar Kedah yang juga calon PN DUN Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendahului dengan majoriti 14,159 undi.

TIDAK RASMI PN menang di DUN Bukit Kayu Hitam apabila calonnya, Datuk Halimaton Shaadiah Saad memperoleh 23,681 undi, manakala Zainol Abidin Mohamad (BN) memperoleh 8,759 undi.

TIDAK RASMI PN menang di DUN Merbau Pulas di Kedah. Datuk Siti Aishah Ghazali (PN) memperoleh 27,125 undi, manakala Asmadi Abu Talib (BN) memperoleh 10,003 undi.

TIDAK RASMI PN menang di DUN Gurun apabila calonnya, Baddrol Bakhtiar memperoleh 16,443 undi, manakala Firdaus Johari (PH) memperoleh 10,758 undi.

SIK: Keputusan tidak rasmi yang diperolehi calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendahului dengan majoriti diperolehi sebanyak 14,159 undi.

(TIDAK RASMI) PRN : Datuk Bakri Sawir (PH) menang di DUN Klawang, Negeri Sembilan

TIDAK RASMI: PN menang di 13 DUN di Terengganu dengan undi majoriti

DUN JABI – 4,678 undi

DUN TEPUH – 10,890 undi

DUN KUALA BERANG – 10,858 undi

DUN SEBERANG TAKIR – 2,797 undi

DUN BUKIT TUNGGAL- 7,721 undi

DUN BUKIT PAYONG – 10,961 undi

DUN TELEMONG – 295 undi

DUN MANIR – 11,260 undi

DUN KUALA BERANG – 5,917 undi

DUN AJIL – 6,286 undi

DUN RANTAU ABANG – 12,922 undi

DUN KEMASIK – 6,505 undi

DUN CHUKAI – 8,106 undi

TIDAK RASMI (8.45 malam) – PAS mendahului 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, manakala Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mendahului di tiga DUN iaitu DUN Galas, Paloh dan Melor.

TIDAK RASMI (8.40 malam) – Calon PAS DUN Kijang, Dr Izani Husin menang selepas memperoleh 14,552 undi, mengalahkan calon BN, Haris Hussain (4,644 undi) dengan majoriti 9,908 undi.

TIDAK RASMI PN MENANG DUN Sungai Limau. Mohd Azam Abd Samat (PN) memperoleh 17,293 undi, manakala Siti Balkhis Husain (PH) memperoleh 3,170 undi.

TIDAK RASMI (jam 7.50 malam) – Calon PN, Radhi Mat Din mendahului calon PH, Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu di Kedah dengan majoriti 1,312 undi.

TIDAK RASMI – Mohd Taufik Yaacob (PN) mendahului di DUN Bayu di Kedah setakat jam 7.38 malam

TIDAK RASMI – Calon DAP, Teh Swee Leong mendahului di DUN Kota Darul Aman di Kedah dengan 8,605 undi berbanding calon PN, Chuan See Seng dengan 4,419 undi

7.50 malam: DAP sedang mendahului di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di Selangor.

TIDAK RASMI (7.30 malam) – Calon PN, Datuk Halimaton Shaadiah Saad mendahului calon BN, Zainol Abidin Mohamad di DUN Bukit Kayu Hitam dengan majoriti 590 undi

TIDAK RASMI Pakatan Harapan menang 5 kerusi di Pulau Pinang

Pangkalan Kota

Padang Kota

Bagan Jermal

Komtar

Batu Lanchang

7.29 malam: Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Shamsilah Siru mendahului tiga calon lain setakat ini berdasarkan pengiraan undi awal di Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi, di Langkawi.

Ketua Srikandi BERSATU Kedah itu mendahului dengan 167 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Hisham Suhaily Othman yang juga Ketua Wanita UMNO Langkawi meraih 94 undi, diikuti dua calon Bebas, Safwan Hanif Shafie (18 undi) dan Zulfadli Mohd Yusoff (3 undi)

TIDAK RASMI – DUN Chennah

Keputusan awal tak rasmi setakat 7 saluran:

PH – 1275

PN – 523

Majoriti – 752 undi

TIDAK RASMI – DUN Kuah

Amar Pared Mahamud (PN): 412 undi

Ahmad Fauzi Chik (PH): 255 undi

Mazlan Ahmad (Bebas): 09 undi

Majoriti: 157 undi

TIDAK RASMI – DUN Ayer Hangat:

Shamsilah Siru (PN): 167 undi

Safwan Hanif Shafie (Bebas): 18 undi

Hisham Suhaily Othman (BN): 94 undi

Zulfadli Mohd Yusoff (Bebas): 03 undi

Majoriti: 73 undi

TIDAK RASMI – DUN N31 Bagan Pinang

Abdul Fatah Zakaria (PN) – 4,607

Najib Tan Sri Isa (BN) – 1,650

Majoriti : 2,957

TIDAK RASMI – DUN Kota Kemuning

1. Preakas Sampunathan (PH) – 618

2. Jimmy Chew Jyh Gang (PN) – 66

TIDAK RASMI – DUN Pandamaran

1. Tony Leung Tuck Chee (PH) – 2,776

2. B Gunalan (PN) – 880

3. Tan Kang Yap (PRM) – 25

TIDAK RASMI – DUN Pelabuhan Klang

Wan Hasrina Wan Hassan (PN) – 356

Azmizam Zaman Huri (PH) – 66

Syed Ahmad Putra Syed Isa (PRM) – 3

TIDAK RASMI – DUN Bukit Antarabangsa

Sasha Lyna (PN) – 239

Kamri Kamaruddin (PH) -90

Melanie Ting (MUDA) – 4

TIDAK RASMI – DUN Bandar Baru Klang

1. Dr Quah Perng Fei (PH) – 4,494

2. Tan Seng Huat (PN) – 296

6.03 petang: Proses pengundian bagi PRN enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu tamat, pengiraan undi bermula

6 petang: Semua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.

Bergantung kepada kedudukan kawasan pusat mengundi, beberapa pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat seawal jam 1 tengah hari sebelum pengundian berakhir pada 6 petang.

Baca Juga : 

Doktor sahkan sudah meninggal dunia, tapi bila jenazah dibawa balik rumah bunyi berdengkur seperti orang tidur lena, rupanya ini yang berlaku
Selepas 24 tahun, bekas PA Along Spoon masih trauma ‘peristiwa hitam’, begini kehidupan beliau tanpa suami
Peluncur temui jam Rolex Vintaj di dasar laut, sampai sekarang masih tak percaya jam masih hidup walaupun 5 tahun terdampar