Siapakah sebenarnya dikategorikan sebagai Kapir Harbi zaman sekarang?

Photo of author

By Joe

Siapakah sebenarnya dikategorikan sebagai Kapir Harbi zaman sekarang? Soalan: Saya ada satu persoalan, siapakah sebenarnya yang dikategorikan sebagai kafir harbi dalam konteks zaman kita sekarang?

JAWAPAN: Kafir harbi adalah istilah yang digunakan oleh para ulama sejak dahulu. Ia merupakan salah satu kategori kafir, di samping kategori lain seperti kafir musta’min, kafir mu’ahid, dan kafir zimmi. Secara definisi, kafir harbi merujuk kepada golongan bukan Islam yang memerangi umat Islam dan tidak mempunyai perjanjian damai dengan mereka.

Menurut al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, ahli peperangan atau golongan al-harbiyyun adalah golongan bukan Islam yang tidak termasuk dalam jaminan perlindungan, serta tidak menikmati keamanan yang diberikan oleh kaum Muslimin atau perjanjian dengan mereka.

Siapakah sebenarnya dikategorikan sebagai Kapir Harbi zaman sekarang?

Asas kepada pembahagian golongan kafir kepada kategori ini adalah berdasarkan pandangan para ulama mengenai Dar al-Islam (negara Islam) dan Dar al-Harb atau al-Kufr (negara kafir). Penentuan sama ada sesuatu negara itu termasuk dalam kategori Dar al-Harb atau tidak adalah merupakan suatu perkara ijtihad oleh para ulama.

Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, asas kepada penentuan ini adalah berdasarkan sama ada seorang Muslim dapat mengamalkan agamanya dengan aman di sesebuah negara. Jika seseorang Muslim dapat melaksanakan agama mereka dengan aman di negara tersebut, maka negara itu dikategorikan sebagai Dar al-Islam. Beliau menjelaskan bahawa pembahagian negara kepada negara kufur dan Islam adalah perkara ijtihadi berdasarkan realiti semasa pada zaman para imam mujtahid berijtihad.

Oleh itu, orang bukan Islam di negara-negara yang tidak termasuk dalam kategori kafir harbi boleh termasuk dalam salah satu kategori kafir yang dijaga keselamatan dan keamanan mereka, sama ada musta’min, mu’ahid, atau zimmi.

Islam tidak melarang umat Islam melakukan kebaikan dan persahabatan dengan orang bukan Islam selain daripada golongan kafir harbi.

Dalam konteks Malaysia, setiap warga negara bukan Islam tidak termasuk dalam kategori kafir harbi. Ini kerana mereka tidak memenuhi definisi dan ciri yang telah ditetapkan oleh para ulama. Oleh itu, melabelkan sebahagian warganegara sebagai kafir harbi adalah tindakan yang ekstrem dan keterlaluan. WaAllahu a’lam.

Baca Lagi:
Terbukti memang menjadi, wanita kongsi ‘rahsia’ anak berjaya, sekarang kerja dapat gaji besar
‘Ikan piranha versi Malaysia?’- Warganet terkejut tengok anak ikan haruan makan isi daging ayam licin sekelip mata
Netizen bimbang lihat reaksi lelaki tidak tidur selama 12 hari untuk pecah rekod dunia