Siapa sangka, rupanya dalam siri The Simpsons sudah ramal tragedi kapal selam Titan hilang di dasar laut

Photo of author

By Joe

Siapa sangka, rupanya dalam siri The Simpsons sudah ramal tragedi kapal selam Titan hilang di dasar laut. Sebuah berita yang menyedihkan pada hari ini apabila dilaporkan lima individu yang berada dalam kapal selam Titan bagi misi eksplorasi kapal persiaran mewah, Titanic di Laut Atlantik disahkan meninggal dunia.

Insiden yang berlaku telah meragut nyawa Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush dan juga penumpang yang terdiri daripada Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, jutawan British Hamish Harding dan Paul-Henri Nargeolet.

Di sebalik insiden yang berlaku, siapa sangka insiden yang hampir ini sama ini pernah ditayangkan pada kartun The Simpsons sebelum ini.

Siapa sangka, rupanya dalam siri The Simpsons sudah ramal tragedi kapal selam Titan hilang di dasar laut

Menerusi kisah The Simpsons ini, siri ini memaparkan sketsa lima individu menyertai misi eksplorasi ke dasar laut bagi melihat sebuah kapal yang mewah.

Walau bagaimanapun, misi mereka dilihat gagal setelah mereka tersangkut di dasar laut sekaligus membuatkan kadar oksigen mereka semakin berkurang seperti mana yang berlaku pada kapal selam Titan sebelum meletup.

@scary._vibeSimpsons prediction Titanic Visitors Going Missing 😫, no way they’ve actually dont this… 🤦‍♂️

♬ original sound – Simpson?

Lebih ironi, misi eksplorasi dalam siri ini turut disertai ini oleh bapa dan anak seperti yang berlaku di dunia realiti.

Meskipun insiden yang berlaku mungkin berlaku secara kebetulan, sketsa yang dipaparkan The Simpsons ini sekali lagi mendapat perhatian orang ramai.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali The Simpsons ‘secara kebetulan’ memaparkan sketsa sebelum berlaku secara realiti.

Antara insiden yang pernah berlaku sebelum ini dan ditayangkan pada siri The Simpsons adalah berita pembelian Disney mendapatkan syarikat Fox, Donald Trump dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat dan lain-lain lagi.

Baca Lagi:
Majlis akad nikah depan jenazah ibu buat ramai sebak
Terdesak nak pakai duit, lelaki sanggup jual bekas isteri dengan harga RM77 sahaja
Ketua kampung seleweng duit orang kampung sebanyak RM304k, rupanya nak sara 4 isteri dan 20 anak