‘Siapa bagi kebenaran jual rumah ni?’, bekas isteri DDNK bersuara penjualan rumah bernilai RM9.5 juta

‘Siapa bagi kebenaran jual rumah ni?’, bekas isteri DDNK bersuara penjualan rumah bernilai RM9.5 juta

‘Siapa bagi kebenaran jual rumah ni?’, bekas isteri DDNK bersuara penjualan rumah bernilai RM9.5 juta. Kecoh sekitar September lalu apabila seorang pakar saham negara yang popular dengan tagline ‘Tak handsome tak apa janji kaya’ mengumumkan perkahwinan beliau bersama seorang anak dara berusia sekitar 20-an.

Pengumuman perkahwinan itu dikecohkan lagi apabila pakar saham ini memilih untuk bernikah di Thailand serta membuat majlis perkahwinan besar-besaran serta turut mendakwa berbelanja sekitar RM500,000. Malah, pasangan ini turut terpaksa mengeluarkan kenyataan memaklumkan isteri terbaru beliau berkahwin bukan disebabkan wang.

'Siapa bagi kebenaran jual rumah ni?', bekas isteri DDNK bersuara penjualan rumah bernilai RM9.5 juta

Terbaharu, disangka isu rumah tangga sudah selesai, Atielia De Sams selaku isteri pertama pakar saham ini tampil berkongsi di Facebook menyoal tindakan bekas suaminya yang bertindak untuk menjual sebuah rumah banglo 8 bilik tidur serta 9 bilik air berkeluasan 18,018 kaki persegi di Putra Hills, Bandar Seri Putra, Bangi.

Menurut wanita ini, beliau sudah kaveat tanah ini serta tidak bersetuju rumah bernilai RM6.5 juta ini dijual. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menyoal bagaimana tanah yang dikaveat boleh diiklankan untuk dijual.

Perkongsian yang dibuat menerusi Facebook turut mendapat respon yang pelbagai di kalangan netizen. Malah terdapat netizen yang mempunyai ilmu dalam bidang hartanah turut berkongsi pendapat mereka.

Difahamkan tanah yang dikaveat tidak dibenarkan untuk dijual dalam tempoh 6 tahun. Sekiranya mahu dijual juga maka perlu mendapat persetujuan bertulis daripada individu yang mengkaveat tanah tersebut.

'Siapa bagi kebenaran jual rumah ni?', bekas isteri DDNK bersuara penjualan rumah bernilai RM9.5 juta

Dalam erti kata lain, perlu membuang kaveat tanah tersebut terlebih dahulu sebelum memilih untuk membuat penjualan serta pindah milik.

Baca Lagi:
Lelaki 70 tahun maut ‘overdose’ ubat kuat ketika langgan pelacur di hotel
7 sebab lelaki Melayu suka gadis Cina, Korea atau Jepun berbanding wanita Melayu
Loan rumah cara orang cina, orang melayu boleh ikut cara ini
CATEGORIES