“Siap buat stesen ikut selera”- Cikgu ‘review’ menu kantin sekolah buat ramai teruja. Sering kali kita lihat hidangan di kantin sekolah sama setiap hari seperti nasi goreng, nasi lemak, mi goreng, dan lain-lain. Kadang-kadang, guru dan pelajar boleh menjadi bosan dengan lauk yang sama.
Tetapi, adakah anda pernah bayangkan kantin sekolah menyajikan makanan seperti bufet hotel?
Baru-baru ini, seorang guru yang dikenali sebagai @cikguctiey di TikTok telah memuat naik video yang mengulas makanan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Apa yang menariknya, semua hidangan itu disajikan seolah-olah di bufet hotel.
Bukan itu sahaja, kantin sekolah itu turut menyediakan beberapa buah stesen mengikut selera pelajar sekolah itu. Bagi mereka yang mahu makanan ala-ala western, ada stesen yang menjual sup cendawan bersama garlic bread, makaroni dan kebab.
Ada juga stesen yang menghidangkan menu ayam Korea, ayam buttermilk dan buah-buahan yang pastinya menjadi kegemaran pelajar-pelajar sekolah tersebut. Kalau teringin nak makanan style Melayu, ada dijual nasi putih, ayam goreng mamak, ulam dan sambal belacan.
Tambahan pula, setiap stesen itu dilengkapi dengan pekerja yang akan menyediakan makanan yang dipesan dan harga bagi setiap menu sangat berpatutan untuk pelajar-pelajar sekolah itu membelinya.
@cikguctiey9681 Review menu kantin sekolah #fyp #foryou #learnontiktok #tiktokguru #ceritacikguctiey #cikguctieycikgusejarah #sutama ♬ original sound – CikguCtiey
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tertarik melihat setiap menu yang dijual di kantin sekolah tersebut. Mereka juga menyamakan cara hidangan di setiap stesen seperti bufet makanan di hotel.
Ada juga yang beranggapan cara sebegitu boleh membuatkan pelajar tidak bosan dan ibu bapa juga tidak risau dengan menu yang dijual di kantin.
Sedapnya tengok semua menu!