Shuib kongsi pengalaman main mesin judi, Syuk Sahar saksi Shuib menang RM68,000 tapi dikepung dengan gangster

Photo of author

By Joe

Shuib kongsi pengalaman main mesin judi, Syuk Sahar saksi Shuib menang RM68,000 tapi dikepung dengan gangster. Pelawak Shuib mengaku bahawa dia pernah terlibat dalam aktiviti perjudian dan mengalami masalah ketagihan pada satu ketika dahulu.

Shuib, nama sebenarnya Shahmira Muhamad, yang berusia 40 tahun, berkongsi bahawa beliau pernah terlibat dengan aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan. Beliau turut mengisahkan bahawa selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000, beliau pernah dikepung oleh beberapa gangster.

Menurut cerita Shuib, kejadian tersebut berlaku ketika beliau bersama rakan pelawaknya, Shuk Sahar, berada di Ipoh untuk menjalani penggambaran sebuah filem pada sekitar tahun 2013.

Shuib kongsi pengalaman main mesin judi, Syuk Sahar saksi Shuib menang RM68,000 tapi dikepung dengan gangster

“Semasa itu saya bermain dan berjaya menang sebanyak RM68,000. Selepas menang, tiba-tiba pemilik kedai nampaknya enggan memberi saya wang tersebut, seolah-olah dia menganggap saya menipu.
“Dia malah menghubungi beberapa orang gangster untuk datang ke kedai, kira-kira enam orang pada masa itu. Begitu mereka tiba, mereka segera memanggil saya ke bilik belakang dan bertanya pelbagai soalan.
“Apabila saya mendengar dia berkata begitu, saya terus menjawab, ‘Kalau abang dah cakap macam itu, bermakna abang memang tidak mahu memberi wang ini kepada saya. Tak mengapa, saya akan pergi’,” katanya.

Shuib berkongsi kisah ini semasa sesi podcast Dol’s Podcast yang dihoskan bersama Shuk Sahar dan Fizie.

Sejak kejadian tersebut, Shuib mengakui dia bertekad untuk meninggalkan tabiat bermain judi.

“Lillahitaala, saya berjanji pada diri saya sendiri bahawa ini kali terakhir saya berjudi dan saya betul-betul tidak akan melakukannya lagi selepas itu,” ujarnya.

Menurut Shuib, akibat dari ketagihan itu, dia pernah mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Beliau menyatakan bahawa pada masa itu, dia tidak mengira untuk membelanjakan wang untuk memuaskan ketagihannya terhadap judi.

“Banyak wang saya habiskan untuk bermain permainan itu dan saya pernah bertaruh RM150 setiap pusingan.

“Dalam masa satu minit, sebenarnya permainan itu boleh dimainkan sebanyak tiga atau empat kali. Bayangkan betapa banyak wang yang boleh dihabiskan dalam satu minit?

“Ketika saya bermain dahulu, saya telah rugi banyak sehingga tidak dapat dihitung berapa kerugian yang telah saya alami. Saya pada masa itu benar-benar kehabisan wang,” ujarnya.

Namun demikian, dia bersyukur kerana kejadian itu telah menyedarkan dirinya untuk meninggalkan perbuatan berdosa tersebut.

Jelasnya, setelah berhenti daripada melakukan perkara itu, hidupnya menjadi lebih tenang selain memiliki wang simpanan.

“Perbezaannya, Masha-Allah, Allah nak bagi… Kadang-kadang rasa seronok bila berjudi, bila menang terasa hebat.

“Tetapi kehidupan masih sukar, tetapi bila saya berhenti, wang bukan saja boleh disimpan, malah semakin bertambah,” ujarnya.

*Sekadar peringatan, aktiviti berjudi adalah haram dalam Islam.

Baca Lagi:
Doktor terkenal beri amaran kepada pengemar ‘kopi kuat’, ada barang terlarang boleh bawa maut
Strategi pemasaran kena belajar dengan bangsa Cina, ini 8 kesilapan yang dilakukan oleh Malakat Mall
“Betul wujud ke?”- Wanita berjaya rakam makhluk mirip anak Bigfoot tengah hendap rusa