Sharnaaz Ahmad ‘sound’ pengarah JPJ, sistem bidaan nombor plat memang betul-betul sampah, tahi kucing!

Photo of author

By Joe

Sharnaaz Ahmad ‘sound’ pengarah JPJ, sistem bidaan nombor plat memang betul-betul sampah, tahi kucing! Menerusi hantaran di Instagram, pelakon berbadan sasa Sharnaaz Ahmad meluahkan kekecewaan dan kemarahannya terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disebabkan kurang efisien.

Difahamkan, Sharnaaz bersuara gara-gara sistem bidaan nombor plat, JPJeBid menyusahkan pengguna disebabkan ia perlu dikemaskini.

Sistem hangpa terlampau jahanam. Minta maaf cakap kepada Pengarah JPJ, sistem memang betul-betul sampah, tahi kucing.

Sharnaaz Ahmad 'sound' pengarah JPJ, sistem bidaan nombor plat memang betul-betul sampah, tahi kucing!

Bapa kepada seorang anak itu juga turut menyuarakan tentang scalper yang akan membeli nombor berkenaan secara pukal dan menjualnya semula kepada pembeli lain dengan harga tinggi.

Disebabkan mereka ini jugalah ramai orang awam tidak dapat membida nombor plat yang mereka idamkan malah terpaksa membeli dengan harga lebih mahal.

Aku tanya berapa ramai orang awam menang bida? Tak ramai. Yang menang ini adalah scalper. Lepas itu kena beli dekat scalper yang dah naikkan harga. Dia beli RM3,000 dan dia jual RM5,000… mana keadilan kita yang nak bid?

Dia yang mesra dipanggil mamu turut menggesa agar pihak atasan JPJ untuk menghapuskan budaya dan kewujudan scalper yang berleluasa.

Sharnaaz turut meminta agar pihak JPJ mencipta sistem yang betul-betul adik untuk semua rakyat yang mahu membida nombor plat pilihan mereka.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu koleksi tudung isteri yang dah meninggal dikira harta pusaka, tidak boleh sedekah kepada orang lain
“Naik bulunya tahan sakit”, Nak hantar sihir pada tuan tapi kucing peliharaan kena dahulu
Ramai tak perasan, rupanya Malaysia ada 8 masjid tanpa kubah yang boleh anda lawati