Sharifah Sakinah menari sambil peluk anjing raih perhatian ramai selepas netizen perasaan sesuatu. Pelakon Sharifah Sakinah kini menjadi tumpuan ramai apabila dia telah kongsikan video di Instagram Stories menunjukkan dirinya memeluk seekor anjing sambil menari-nari.
Rata-rata netizen yang melihat video itu memberi reaksi sarkastik dengan tindakan pelakon terbabit.
Menerusi platform media sosial X, ramai netizen terkejut, ada juga yang mengecam dan ada juga yang cuba husnudzon dengan sikap Sharifah Sakinah apabila melihatnya.