Shah Firdaus dedah mesej yang diterima dari atlet Jepun tentang rakyat Malaysia

Photo of author

By Joe

Shah Firdaus dedah mesej yang diterima dari atlet Jepun tentang rakyat Malaysia. Jaguh lumba basikal trek negara, Shah Firdaus Shahrom, telah berkongsi mesej yang dihantar oleh Shinji Nakano selepas beliau menerima kecaman di laman media sosial.

Nakano menghadapi pelbagai kritikan daripada netizen Malaysia selepas melanggar Shah semasa final keirin di Sukan Olimpik 2024, yang mengakibatkan pelumba negara itu terlepas peluang meraih pingat gangsa.

Laman media sosial Instagram dibanjiri ribuan komen daripada netizen yang tidak berpuas hati selepas Shah terjatuh.

Shah Firdaus dedah mesej yang diterima dari atlet Jepun tentang rakyat Malaysia

Menurut Shah, Nakano telah menghantar mesej kepadanya, di mana pelumba Jepun itu pada mulanya menganggap orang Malaysia adalah baik-baik belaka.

“Yang membuatkan saya terasa, dia ingat orang Malaysia baik-baik sebab saya baik dengannya. Kalau saya ke Jepun, dia akan bawa saya jalan-jalan. Bila dia berasa begitu, saya rasa serba salah.

“Dia mesej saya dan dia ingat rakyat Malaysia baik-baik, saya rasa malu,” kata Shah Firdaus seperti dipetik dari laporan Berita Harian.

Tambah Shah, insiden jatuh adalah perkara biasa dalam acara keirin dan Nakano tidak sengaja melanggar beliau semasa perlumbaan berlangsung.

“Perlanggaran itu memang berlaku (body contact), itu biasa dalam keirin dan sebenarnya dia tidak berniat untuk menghentam saya, itu sebab ‘G-force’.
“Bila ada body contact, ‘G-force’ itu nampak seperti dia melanggar tetapi dalam keirin perkara itu biasa, cuma tinggal sama ada jatuh atau tidak sahaja,” ujarnya.

Acara basikal trek gagal menghadiahkan sebarang pingat kepada Malaysia dalam temasya kali ini.

Secara keseluruhan, kontinjen Malaysia membawa pulang dua pingat gangsa yang diraih oleh atlet badminton, iaitu Aaron Chia/Soh Woo Yik dalam acara beregu lelaki dan Lee Zii Jia dalam acara perseorangan lelaki.

Malaysia terpaksa menunggu hingga temasya di Los Angeles 2028 untuk meraih pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik.

Baca Lagi:
Harga getah naik zaman kerajaan Madani, penoreh getah gembira dapat RM10,000 sebulan
Mayat penyanyi Nidza Afham ditemukan dalam Sungai Klang
Boss James ‘review’ van jenazah paling gempak dalam Malaysia