“Seumur hidup aku, ini benar-benar sebuah Hari Ibu yang tawar”

Photo of author

By Joe

“Seumur hidup aku, ini benar-benar sebuah Hari Ibu yang tawar”. Sepanjang hidup aku, inilah Hari Ibu yang benar-benar terasa hambar.

Ya, aku beli kek dan minuman sedap untuk mak. Tapi jauh di sudut hati, aku rasa seolah-olah mati rasa.

Kalau nak kata burnout, aku dah pernah merasai burnout sebelum ini.

"Seumur hidup aku, ini benar-benar sebuah Hari Ibu yang tawar"

Sekarang lebih kepada hilangnya rasa. Sekadar menjalankan tanggungjawab. Kadang-kadang aku bertangguh atau buat-buat tak tahu.

Jangan cepat melabel aku sebagai anak derhaka kalau korang tak faham apa yang aku rasa.

Buat mak-mak generasi baru:

Kalau suka, pujilah anak.

Kalau tak suka, beritahu anak dengan jelas dan cakap apa akibatnya kalau anak buat/tak buat sesuatu.
Jangan mainkan emosi anak dengan play victim, dengan hamburan kata-kata yang menusuk luka hati anak bertahun-tahun lamanya.

“Mak cakap dia boleh hidup tanpa anak-anak” luah adik aku.

Ya, aku biasa dengar mak cakap begitu.

Tanpa mak sedar, kata-kata sebegitulah mungkin telah buat adik aku berat hati nak memberi duit pada mak aku. Berat hati nak selalu balik kampung.

Aku yang dulunya tegar berhenti kerja demi menjaga mak pun dah rasa tawar hati dan mahu mengelak. Korang rasa bagaimana?

“Jangan ambil hati dengan kata-kata mak. Mak cakap memang kasar tapi mak tak maksudkan” luah mak bila aku tak keluar billik berhari-hari tak makan tak minum masa Raya Haji tahun lepas.

Lama mana seorang anak nak hadap caci maki seorang emak yang ‘cakap kasar tapi tak maksudkan’? Lama mana?

Tawar hati itu benar-benar wujud dan tidak terhad hanya pada hubungan lelaki dan perempuan. Dengan keluarga pun boleh jadi tawar hati OK.

Susah nak jelaskan tapi inilah apa yang aku rasa. Hingga layanan aku pada mak pun dah tak macam dulu.

Walaupun aku tahu aku boleh berdosa begini, aku tak mampu nak menipu diri sendiri yang aku betul-betul tawar hati dengan mak sendiri.

Hari Ibu Yang Tawar, sekadar cukup syarat. Jahat juga aku kan?

– Anak Tawar (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
10 tahun wanita ini setia jaga suami koma, bila suami tersedar ini yang terjadi..
Malaysia haramkan ais krim perisa ubat batuk tapi di Singapura tidak diharamkan
Stesen kereta api berusia lebih 100 tahun di Melaka ditemui semula