“Setiap bulan aku bagi nafkah 1K dekat isteri, selepas 6 tahun isteri berubah nafkah tak cukup, rupanya dia bawa jiran sebelah masuk rumah semasa aku kerja di Singapore”

Photo of author

By Joe

“Setiap bulan aku bagi nafkah 1K dekat isteri, selepas 6 tahun isteri berubah nafkah tak cukup, rupanya dia bawa jiran sebelah masuk rumah semasa aku kerja di Singapore”. Assalamualaikum. Saya harap sangat admin siarkan kisah saya ini. Nama saya joe. Nama asli saya sebelum jadi mualaf. Saya sengaja bagi nama asli saya sebelum menjadi mualaf. Semoga yang pernah mainkan perasaan dan hati saya ada baca kisah saya ini.

Saya berasal dari Sarawak, keluarga semuanya beragama Kristian. Hanya saya seorang saja yang beragama Islam. Alhamdulillah. Hingga saat ini saya semampu dan sedaya saya untuk dekatkan diri pada Allah. Insyaallah….

Saya kerja di syarikat perkapalan di Singapura. Tiap hari ulang alik dari Johor ke Singapura. Ketika ini juga saya masih kerja di syarikat yang sama. Saya pernah kenal dengan wanita warga negara jiran. Janda anak 1. Orangnya sangat cantik.

"Setiap bulan aku bagi nafkah 1K dekat isteri, selepas 6 tahun isteri berubah nafkah tak cukup, rupanya dia bawa jiran sebelah masuk rumah semasa aku kerja di Singapore"

Tak lama setelah kenal kami pun nikah. Secara resmi 2 negara. Saya pun jadi mualaf. Dari pernikahan itulah saya kenal agama Islam. Sepanjang 7 tahun hidup sebagai suami isteri apa saja yang dia mahukan saya turuti. Saya tak suka buat isteri saya kecewa hanya kerana apa yang dia maukan tidak tidak dia dapatkan.

Bangunkan rumah di kampung dia. Belikan emas dan kereta di kampung dia. Semuanya saya turuti. Disebabkan gaji saya boleh tahan tinggi, jadi saya mampu jadikan mimpi dia jadi kenyataan. Setelah semuanya siap, boleh dia tergiIakan lelaki lain di kampung dia.

Saya dapat tau ada jiran yang bagi tau siap ada video orang itu send ke Whatsapp saya dia masuk hotel dengan lelaki itu. Setelah dapat tahu, saya ceraikan dia dan bagi semua harta pada anak tiri saya kerana saya dengan dia tak ada anak.

Saya ikhlaskan harta yang dah saya beli jadi milik anak tiri saya. Sampai hari ini anak tiri saya selalu whatsapp saya. Dia juga panggil saya papa. 3 tahun lepas itu saya kenal dengan seorang wanita tempatan di app Date. Rupa dan body boleh tahan, sempurna…

Sebenarnya saya ini bukanlah handsome pun. Tapi ramai yang nak kenalan dengan saya. Korang tau saja la. Hanya kerana gaji yang saya dapatkan tiap bulan itu yang jadi target mereka. 1 tahun lebih saja kami kenal, dah rancang nak nikah.

Orang tua dia minta wang hantaran tidak masuk akal, 40k dia minta. Kalau anak dia engineer takpe lah juga. Tapi itu hanya pekerja kantin tempat aku kerja. Apa dia ingat cari duit macam petik daun pokok ke yang ada di mana mana.

Jadi rancangan pernikahan kami pun dibatalkan. Sebenarnya kalau saya nak, saya mampu je tapi itulah. Di luar fikiran yang waras. Dia pujuk saya nikah lari. Lari ke mana? Ke bulan ke? Pun malaikat maut senang saja cari. Dia buat laporan polis katakan saya dah perk0sa dia.

Polis datang ke rumah nak tangkap saya. Check ke hospitaI. Tak ada. Sebab memang tak pernah lakukan itu dengan dia. Malu dia terus hilangkan diri. Berapa bulan lepas tu. Kenal lagi dengan seorang ibu muda, anak 2, rakyat tempatan. Kerja di kantin itu juga.

Orangnya biasa – biasa bertudung hitam manis. Sangat pemalu. Tidak banyak cakap. Kenal 8 bulan terus saya ajak dia nikah. Saya ceritakan semuanya masa lalu saya yang pernah saya nikahi dan yang pernah saya kenali. Saya katakan saya tidak mau hal yang sama berulang lagi pada hidup saya. Saya juga teringin punya keluarga anak dan isteri. Dia setuju.

Kami pun jadi suami isteri. Anak dia di kampung waktu itu dijaga oleh orang tua dia, kami bawa tinggal bersama. 5 tahun pertama dia ok. Bagus bahkan sangat bagus. Tahun ke 6, saya lihat macam ada perubahan pada dia.

Saya tanya kenapa. Dia hanya diam saja. Mulai marah – marah bila ada saja yang dia rasa tidak kena. Minta duit belanja tambahan. 1k tiap bulan saya bagi pada dia masih dia katakan tidak cukup. Sedangkan semua barang dapur saya dah belikan siap – siap, saya tak faham.

Barang dapur satu minggu sekali saya ajak dia beli. 1k satu bulan masih tak cukup. Yang bayar komitmen semua saya. Jadi ke mana 1k itu pergi. Saya upah orang untuk jadi mata saya. 3 hari saja terbongkar semua apa yang dia lakukan selepas saya pergi kerja.

Rupanya jiran sebeIah aku buat ‘kerja rumah’ dengan dia. Pulang saja kerja, saya panggil lelaki itu datang rumah. Saya tanya kenapa dia rosakkan rumah tangga saya. Mereka berdua serentak katakan yang mereka tak buat benda macam tu.
Saya tunjukkan video mereka, terus mereka berdua terdiam. Apakah saya marah? Kalau ikutkan hati, saya nak habiskan mereka berdua waktu itu juga. Tapi saya teringat kata kyai di Jawa dulu. Jadi mualaf akan sangat berat ujiannya. Lebih berat dari orang yang lahir Islam.

Kami berdua dari awal perkenalan kami sudah buat perjanjian, kalau siapa saja di antara kami main kayu tiga wajib tinggalkan rumah waktu dia ditangkap itu juga. Perjanjian kami ada black and white dan benda itu kami simpan.

Saya tanya dia apakah dia ingat perjanjian itu. Hanya tangisan saja yang dia mampu. Saya suruh lelaki itu bertanggungjawab dengan apa yang dia dah lakukan. Mereka harus nikah setelah urusan cerai selesai. 2 minggu selepas itu lelaki tu larikan diri.

B0dohnya saya tidak ambil alamat orang tua dia waktu kena tangkap. Ketika ini urus cerai kami masih terus berjalan kerana aku nak tuntut apa yang pernah saya berikan harus dikembalikan. Sebenarnya saya sangat kasihan lihat anak dia dan kami juga tidak punya anak.

Hanya satu saya w4riskan pada anak dia. Rumah yang saya bangun di kampung dia jadi milik anak – anak dia. Dia tak ada hak jual rumah itu walaupun rumah itu dibina atas tanah pemberian ayah dia kepada dia. Itulah kisah sedih saya dengan wanita wanita yang telah mengkhi4nati kepercayaan saya. Saya dah serik, trauma untuk kenal dengan mana – mana wanita. Dari Joe yang selalu korang sakiti hati dan perasan

Baca Lagi:
“Hantu kena fitnah”- Peniaga terkejut nasi goreng baru dimasak dah basi dalam termos bekas makanan
Patutlah on aircond tak sejuk, rupanya ini ‘horse power’ aircond yang betul ikut ruang
Siapa sangka kerja petik buah durian dibayar gaji lebih RM9,000 sebulan