Setelah Muhyiddin gagal, beri peluang Ustaz Hadi jadi ‘Poster Boy’

Setelah Muhyiddin gagal, beri peluang Ustaz Hadi jadi ‘Poster Boy’

Setelah Muhyiddin gagal, beri peluang Ustaz Hadi jadi ‘Poster Boy’. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai poster boy Perikatan Nasional (PN) yang gagal.

Beliau berkata, perkara tersebut boleh dibuktikan menerusi kegagalan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, terutamanya di Melaka dan Johor.

Namun, beliau memahami mengapa Muhyiddin masih lagi menerajui PN dan Bersatu.

Setelah Muhyiddin gagal, beri peluang Ustaz Hadi jadi 'Poster Boy'

“Setelah tiga kali mencuba, Muhyiddin gagal menjadi poster boy yang menguntungkan Bersatu. Di Sabah, kerusi yang dimenangi oleh UMNO lebih banyak daripada kerusi Bersatu.

“Tetapi ahli Bersatu tidak setuju Muhyiddin letak jawatan. Muhyiddin sahaja yang banyak duit. Sebab itu dia amat diperlukan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau mencadangkan kepada Muhyiddin supaya memberi laluan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai poster boy baharu untuk PN dalam PRU-15.

“Elok Muhyiddin berjiwa besar. Setelah gagal tiga kali jadi poster boy, bagi peluang pada Ustaz Hadi jadi poster boy.

“Mana tahu untung sabut timbul. Muhyiddin umpama untung batu. Terus tenggelam,” katanya.

Baca Lagi:

Warga emas didakwa wanita paling tua dalam dunia berumur 399 tahun masih hidup

“Saya sayang PAS. Tersangat sayang PAS. PAS sebahagian dari diri saya.” – Khairuddin

Siapakah Onn Hafiz yang sebenar? Ini 9 fakta MB Johor ke -19 yang perlu anda tahu

CATEGORIES