Seram! ‘Budak Misteri’ naik bersama anak di Funfair, tiba-tiba lesap di pusingan terakhir permainan

2e80276b 1463 4cec a8c7 0a76446cc4f3 e1654614056921

Seram! ‘Budak Misteri’ naik bersama anak di Funfair, tiba-tiba lesap di pusingan terakhir permainan.

Bercakap tentang entiti misteri, pastinya kita sering lihat dimana ada sosok hitam, bayang-bayang yang aneh atau yang lebih ‘extreme’ terus tunjuk rupa sebenar yang agak menyeramkan.

Manakan tidak, hantu, syaitan, jin atau iblis mampu menjelma dengan pelbagai bentuk dan rupa bahkan mampu menjelma menyerupai sosok seseorang manusia.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok yang juga seorang ibu menceritakan kisahnya mengenai kehadiran ‘budak misteri’ dalam satu rakaman video di sebuah funfair di Johor baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rienarosnijbqueen, pada awalnya ada seorang budak lelaki yang duduk disebelah anaknya. Namun tiba-tiba kanak-kanan tersebut ‘lesap’ ketika permainan tersebut berpusing ke pusingan yang terakhir.

Dapat kita lihat di pusingan yang terakhir anaknya seolah-olah masih bersembang dengan seseorang di sebelahnya namun di dalam video, tiada sebarang kelibat yang berada di sebelah anaknya.

j17

j18

Tambah ibunya lagi, dia ada bertanya kepada anak lelakinya mengenai kehadiran individu berkenaan, namun anaknya juga seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.
“Kebetulan lepas tu game dah habis, apabila anak saya turun… tak nampak pula budak yang duduk sebelah dia.

“Muiz cakap dia duduk dengan ‘abang’. Lepas saya tunjuk video tu, dia cakap tak tahu mana ‘abang’ tu,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut seram melihat rakaman tersebut apatah lagi disaat budak lelaki itu tiba-tiba hilang namun anaknya masih lagi berbual seolah-olah budak lelaki itu masih ada.

Berikut merupakan komen warga maya:

j12

j13

j14

j15

j16

@rienarosnijbqueen sapa duduk sebelah MUIZ??? 🫣#ghost #scary #foryou #fypシ #tiktok ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

@rienarosnijbqueen sye dah tanya MUIZ😬 #muiz #funfair ♬ original sound – Riena Rosni JBQUEEN 👸

Baca Lagi:

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

[VIDEO] Peniaga pasar malam terkejut terima ‘duit pelik’ berkepala dua dari pelanggan

[VIDEO] Berkira RM50 nak bayar clamp punya pasal, habis jahanam kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *