Seram! Anak murid hijab mata ‘terbuka’ lihat susuk pontianak sedang berdiri di belakang cikgu

Seram! Anak murid hijab mata ‘terbuka’ lihat susuk pontianak sedang berdiri di belakang cikgu

Seram! Anak murid hijab mata ‘terbuka’ lihat susuk pontianak sedang berdiri di belakang cikgu.

Kisah seram seperti disergah perempuan rambut panjang, makhluk berwajah menyeramkan ataupun disapa atuk tua serta banyak lagi kisah lain yang menyeramkan sering menjadi sajian kita.

Tidak kira dari mana sumbernya datang sama ada dari dalam negara mahupun dari negara luar seperti Indonesia dan juga Thailand, asal namanya kisah siram pasti akan menarik perhatian umum.

Kisah-kisah seram tetap menjadi pilihan untuk dijadikan bahan bacaan dan tontonan walaupun diselubungi perasaan takut dan merinding, tetap juga ada keinginan untuk teruskan hingga ke penghujung cerita. Tidak kiralah kisah nyata atau rekaan semata-mata tetap akan buat bulu roma meremang.

Meneroka laman TikTok milik seorang guru, Alif (@alif_bosku) menceritakan kisah seorang pelajar di sekolahnya yang memiliki keistimewaan melihat makhluk halus atau boleh disebut sebagai hijab terbuka.

Di awal cerita, terdapat seorang pelajar yang setiap kali hadir ke sekolah dia akan menangis di depan pagar dan enggan masuk ke dalam sekolah. Menurutnya, peristiwa tersebut berulang setiap kali pelajar tersebut hadir ke sekolah.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, ketika semua sedang pujuk pelajar tersebut, ada seorang murid tahun tiga datang dan berkata punca pelajar itu menangis kerana terdapat kain kuning yang membaluti tubuh pelajar itu.

Namun, dari penglihatan cikgu tersebut tidak kelihatan sebarang kain pada badan pelajar tersebut dan hanya dilihat menangis teresak-esak.

“Kalau betul ada kain kuning, cuba kau buka balutan itu,” arah cikgu tersebut kepada anak muridnya itu.

Selepas itu, pelajar tersebut dilihat mengelilingi pelajar yang menangis tadi seolah-olah sedang membuka balutan tersebut. Anehnya, setelah selesai, pelajar tadi terus berhenti menangis dengan serta merta.

Difahamkan, pelajar tersebut mempunyai kelebihan melihat sesuatu yang tidak nampak dengan mata kasar atau disebut mata batin dan hijabnya terbuka.

@alif_bosku Pengalaman berjumpa murid hijab matanya terbuka. #sabahancrew_fams #sabahancrew_fams #tawausabah #cikgumagic #kisahseram ♬ original sound – alif_bosku

Kem kepimpinan di hutan
Kisah selanjtnya berlaku sewaktu sekolah mereka mengadakan kursus kepimpinan melibatkan para pemimpin di sekolah termasuk pangawas, ketua kelas dan sebagainya.

Salah seorang pelajar yang menyertai adalah pelajar yang hijab matanya terbuka. Pada awalnya, ibu kepada pelajar tersebut tidak membenarkan anaknya mengikuti kursus tersebut kerana bimbang akan keselamatan anaknya.

Tambahan pula, kursus tersebut dijalankan di tengah-tengah kawasan hutan. Namun, murid tersebut berkeras untuk mengikuti kursus tersebut. Akhirnya, ibu murid tersebut mengizinkan anaknya mengikuti program kursus itu.

Tragedi berlaku apabila salah satu aktiviti yang digelar “Malam Burung Pungguk” dilakukan pada waktu malam dimana menuntut para peserta untuk duduk seorang diri di kawasan berasingan.

Disebabkan tahu bahawa pelajar ini dapat melihat perkara yang aneh, cikgu tersebut perlu menemani pelajar tersebut. Belum sempat melangkah, pelajar tersebut menangis teresak-esak seperti melihat sesuatu yang menyeramkan.

Walau bagaimanapun, dia tepat meneruskan aktiviti tersebut dan duduk di tempat yang telah ditetapkan. Dengan secara tiba-tiba pelajar itu berhenti menangis dan tunjuk ke arah belakang cikgu tersebut.

Menurut pelajar tersebut, rupa-rupanya dia melihat susuk pontianak sedang berdiri tepat di belakang cikgu tersebut. Namun, hanya dia saja yang boleh melihat makhluk menyeramkan tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan teliti mengenai kisah seram ini, anda boleh tonton video yang telah kami kongsikan di bawah.

@alif_bosku Replying to @hafieynasruddin Pengalaman Murid mata tak berhijab part 2#kisahseram #cikgumagic #tawausabah #sabahancrew_fams ♬ original sound – alif_bosku

@alif_bosku Replying to @kakaksudipkuali Pengalaman Murid mata tak berhijab part 3 #sabahancrew_fams #tawausabah #cikgumagic #kisahseram ♬ original sound – alif_bosku

@alif_bosku Replying to @shaart7 Pengalaman Murid mata tak berhijab part 4#kisahseram #tawausabah #sabahancrew_fams ♬ original sound – alif_bosku

@alif_bosku Replying to @amymore91 Pengalaman Murid mata tak berhijab part 5 #sabahancrew_fams #tawausabah #kisahseram ♬ original sound – alif_bosku

@alif_bosku Replying to @theshehans Pengalaman Murid mata tak berhijab part TERAKHIR #tawausabah #kisahseram #sabahancrew_fams ♬ original sound – alif_bosku

Baca Lagi:

Cleaner Airport terkejut besar jumpa dompet tercicir berisi cek bernilai lebih RM10juta

Tragedi RXZ Member 4.0 : Owner kena kunci dalam rumah , motosikal RXZ dilarikan pencuri

Lelaki kongsi sebab kenapa masih guna kereta lama Proton Saga

CATEGORIES