Serah nama calon PM sebelum 2 petang esok – Istana Negara

Serah nama calon PM sebelum 2 petang esok – Istana Negara

Serah nama calon PM sebelum 2 petang esok – Istana Negara. Istana Negara telah meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun untuk memohon ketua parti dan ketua gabungan yang memiliki jumlah kerusi Parlimen yang banyak untuk memaklumkan kepada pihak istana berhubung gabungan yang telah dipersetujui untuk membentuk kerajaan baru.

Perkara itu dinyatakan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Kata Ahmad Fadil lagi, ketua partidan gabungantersebut akan diminta Azhar untuk memaklumkan parti lain yang telah bersetuju untuk membentuk kerajaan, serta mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti.

Serah nama calon PM sebelum 2 petang esok - Istana Negara

Nama itu perlu diserahkan kepada Istana Negara sebelum jam dua petang esok, katanya lagi.
Baca Lagi:
Selepas BN kalah teruk, ini respon Zahid Hamidi
Terkini: Pengerusi SPR mula tiba di Istana Negara
Muhyiddin, Hadi terima kunjungan Abang Johari bincang tubuh kerajaan
CATEGORIES