Sepakan percuma ‘knuckleball’ dua beradik kembar dari Malaysia jadi tumpuan media antarabangsa. Malaysia memang tidak pernah kekurangan bakat muda dalam sukan bola sepak, dengan banyak kejohanan di peringkat asas yang diadakan setiap tahun, memberi peluang kepada pemain muda untuk bersaing di dalam negara.
Baru-baru ini, Malaysia sekali lagi mendapat perhatian apabila satu video yang menunjukkan seorang pemain kecil menjalankan sepakan percuma gaya knuckleball ala Cristiano Ronaldo diberitakan oleh salah satu media antarabangsa.
Laman Football Newz memuat naik satu video di laman Instagram mereka yang menunjukkan dua pemain cilik yang dikenali sebagai Howie dan Horace sedang berlatih mengambil sepakan percuma.
Video tersebut telah mendapat sambutan hangat di mana kebanyakan penonton memberikan komen yang kagum dengan kebolehan adik beradik kembar ini dalam mengambil sepakan penalti.
Pada 23 Jun yang lalu, Selangor mengundang kedua pemain ini untuk merasai pengalaman berjumpa dengan pemain skuad Red Giant dan turut hadir dalam perlawanan Liga Super 2024/25 menentang Perak di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).
“Selangor FC dengan rendah hati mengundang dua beradik Ng Ho Wie dan Ng Ho Race yang viral di media sosial baru-baru ini kerana aktif dalam bola sepak untuk menikmati pengalaman istimewa bersama Gergasi Merah di Stadium MBPJ.
Kami berharap pengalaman ‘once in a lifetime’ ini memberi kegembiraan kepada kedua-dua beradik ini dan memberi dorongan untuk mereka terus bermain bola sepak pada masa depan,” ujar pihak Selangor di media sosial mereka.
View this post on Instagram