Seorang wanita menyara hidupnya dengan bekerja sebagai pemberi nama bayi professional, caj pelanggan RM42,355

ezgif 3 4fdf8f1cf0 e1650161894769

Seorang wanita menyara hidupnya dengan bekerja sebagai pemberi nama bayi professional, caj pelanggan RM42,355,

Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) menyara hidupnya selama bertahun-tahun dengan bekerja sebagai pemberi nama bayi professional, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Taylor A. Humphrey, 33, menawarkan khidmat tersebut kepada ibu bapa yang ingin memilih nama sesuai untuk bayi mereka. Dia mengenakan bayaran antara AS$1,500 (RM6,353) hingga AS$10,000 (RM42,355) untuk perkhidmatannya.

Taylor akan membuat panggilan telefon dan menyenaraikan nama yang dicadangkan setelah pelanggan menjawab beberapa soal selidik.

Seorang wanita menyara hidupnya dengan bekerja sebagai pemberi nama bayi professional, caj pelanggan RM42,355

Pelanggan seterusnya akan diberi pilihan berdasarkan penyiasatan susur galur keturunan dan memilih nama berdasarkan perniagaan keluarga.

Taylor berkata, dia berminat memberi nama bayi sejak dari zaman kanak-kanak lagi dan membaca banyak buku mengenai nama bayi.

Pada 2015, wanita itu meneruskan minatnya dengan membuka akaun di laman Instagram bernama @whatsinababyname.

Dia berkongsi nama bayi kegemarannya beserta ramalan serta perwatakan berdasarkan tarikh kelahiran.

Humprey yang menghargai peminatnya telah memberikan perkhidmatan percuma sejak video-videonya mendapat perhatian.

Pada 2018, barulah wanita itu menjadikan hobinya sebagai perniagaan yang menguntungkan.

Baca lagi:

Enggan bayar tambang, remaja perempuan kelar leher pemandu e-hailing

Merayu diberi makanan, polis dedah identiti pelancong asing pegang kadbod sebenarnya bukan calang-calang

Penduduk Argentina digempar dengan fenomena jutaan nyamuk berbentuk puting beliung

Leave a Reply

Your email address will not be published.