Seorang pelakon drama wanita hilang sabar! Dedah identiti wanita ‘kaki sondol’ hadap suaminya

affair11 18d0b7e4948c46b3cd785493a9af1ca1

Seorang pelakon drama wanita hilang sabar! Dedah identiti wanita ‘kaki sondol’ hadap suaminya.

Selepas empat tahun memendam rasa, pelakon Puteri Sarah akhirnya mendedahkan identiti wanita kaki sondol yang selama ini menjadi pengacau, sehingga perkahwinannya dengan pelakon dan juga pengarah, Syamsul Yusof berantakan.

Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, berkata wanita terbabit ialah Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon, Kazar.

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, selama ini dia hanya mendiamkan diri apabila diganggu Ira yang bersembunyi di sebalik puluhan akaun Instagram palsu serta komen-komen yang menyakitkan hati.

 

Seorang pelakon drama wanita hilang sabar! Dedah identiti wanita 'kaki sondol' hadap suaminya

“Assalamualaikum. Dari dahulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun-akaun palsu, diganggu dengan komen-komen menyakitkan hati. Tapi saya bersabar.

“Awak ganggu mental saya dari 2019 lagi. Sampai kami (Sarah dan suami) tidak tinggal sebumbung. Tidak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, awak ugut suami saya pula,” ujarnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram itu juga, Sarah memberitahu dia telah menerima satu berita menyakitkan hati ketika sedang sibuk membuat persiapan untuk mengerjakan ibadah umrah.

Luah pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu, selama ini dia mendiamkan diri kerana mahu menjaga nama baik keluarga. Namun akhirnya terpaksa mendedahkan perkara tersebut selepas mendakwa Ira telah mencabar tahap kesabarannya.

“Selama ini saya diam sebab mahu jaga nama baik keluarga. Tapi kali ini awak sudah melampau. Siap cakap tentang anak-anak saya. Awak orang luar tidak perlu masuk campur.

“Cukupkan awak ganggu saya. Empat tahu saya menanggung,” katanya.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia, Sarah turut mendoakan supaya Ira bersama suaminya, Syamsul diberika hidayah oleh Allah SWT.

Seorang pelakon drama wanita hilang sabar! Dedah identiti wanita 'kaki sondol' hadap suaminya

“Di bulan baik ini, saya doakan kamu berdua, Ira Kaza dan suami saya (Syamsul) diberikan hidayah. Berhati-hati doa orang yang teraniaya itu Allah SWT akan makbulkan lebih-lebih lagi di bulan puasa,” katanya.

Dalam beberapa hantaran berbeza, Sarah turut berkongsi tangkap layar puluhan akaun Instagram palsu yang didakwa milik Ira.

“Penat nak sekat. Kadang-kadang tak sedar. Tahu-tahu dah penuh komen awak ganggu saya dalam Instagram,” katanya.

Sempat memberikan ‘tarbiah’ kepada Ira, Sarah menasihati gadis itu supaya jangan terlalu berharap pada harta suami orang seperti perempuan tiada maruah.

“Memang tidak ada maruah ke ‘hadap’ suami orang? Sebab nak harta dia? Pergilah bekerja. Saya sendiri pun bekerja dan cari duit sendiri.

“Jangan ambil jalan mudah minta duit pada suami orang,” katanya.

Sekadar info, sekitar Februari lalu, Sarah mendedahkan bakal menngambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu selepas lama memendam rasa dan bersabar.

Sarah bagaimanapun enggan mendedahkan indentiti individu dan punca tindakan serius tersebut terpaksa diambil.

“Akhirnya, nak sangat saman orang yang saya dah lama nak saman. Ya jumpa kau di mahkamah,” tulisnya.

Baca Lagi:

Budak perempuan 4 tahun maut jatuh dari tingkat 18

Seorang wanita menyara hidupnya dengan bekerja sebagai pemberi nama bayi professional, caj pelanggan RM42,355

Saksi dedah punca sebenar Siti Bainun mula ‘naik gila’ pukul Bella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *